Check it out!

Tuesday, December 25, 2012

Selangkah ke alam persekolahan

Siapa yang nak melangkah ke alam persekolahan ni?
Tentunya bukan mummy. Tapi Rayyan. Rayyan bakal berumur 5 tahun pada tahun 2013 ni.
Memasuki alam tadika. Memulakan pembelajaran secara formal. 

Kalau nak ikutkan mummy tak nak hantar tadika lagi.. biar masuk darjah 1 terus tanpa ke tadika macam mummy dan daddy. Mummy tak nak Rayyan jemu sebab lama sangat kena pergi sekolah. Tapi mummy perlu akur yang zaman dah berubah sekarang. Darjah 1 sekarang dah tak ajar mengenal huruf dan membaca. Semua silibus itu diajar di tadika. Nak tak nak Rayyan kena ke tadika juga. Tambahan pula, taska hanya sampai umur 4 tahun sahaja. Budak 5 tahun kena keluar..huhu. Mummy rasa kalau taska benarkan sampai 5 tahun.. mahu mummy tak hantar Rayyan ke tadika lagi..hehe.. Senang hantar ketiga-tiga anak di satu tempat aje.

Mummy kena keluar dari zon selesa. Masalah pertama yang perlu diselesaikan bila anak nak masuk tadika ini ialah nak hantar anak ke tadika mana? Pening juga mummy pada mulanya. Cuak pun ada sebab sehingga 17 Disember, Rayyan belum didaftarkan di mana-mana tadika yang ada di bumi Malaysia ini. Maka pada tarikh berkenaan, mummy dan daddy ambil cuti rehat untuk mencari tadika untuk Rayyan dengan harapan masih ada tempat untuk Rayyan memandangkan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi penggal persekolahan akan bermula.

Mummy dan daddy tidak menetapkan kriteria yang tinggi untuk tadika pilihan kami.
Apa yang penting, dekat dengan rumah dan juga bayaran dikenakan mampu kami bayar.
Survey awal, kami agak terkejut juga bila mendapati yuran tadika terutamanya yang swasta agak mahal. Ada yang RM400 sebulan, RM500 sebulan dan lebih daripada itu pun ada. Ohh! alangkah tidak mampunya kami untuk memberi komitmen kewangan yang sebanyak itu.

Mummy cuba survey tadika kemas di internet, nampaknya tarikh tutup pendaftaran pelajar tahun 2013 telahpun ditutup pada 30 November 2012. Oh, ketinggalankah mummy?

Langkah pertama pencarian tadika pada 17 Disember 2012 yang lepas kami mulakan dengan Tabika KEMAS di INFRA (Institut Kemajuan Luar Bandar) yang terletak di kawasan institusi-institusi Bangi. Menjadi pilihan pertama kerana ianya tidak jauh daripada taska Rania dan Razin di INSPEN. So, urusan penghantaran anak-anak adalah senang. Walaupun tahu bahawa pendaftaran tabika KEMAS telahpun ditutup, kami saje mencuba nasib kot-kot boleh daftar lagi. Walau bagaimanapun, dukacita kami dimaklumkan bahawa tabika untuk kanak-kanak berumur 5 tahun telahpun penuh. Hanya ada kekosongan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Tawar-menawar agar Rayyan ditempatkan di tempat kanak-kanak berumur 6 tahun memandangkan Rayyan dah kenal huruf dan boleh menulis juga tidak diterima.

Atas saranan tadika tersebut, kami mencuba nasib di tabika KEMAS yang terletak di Taman Air Hitam Permai. Tidak berapa jauh dari Kampung Dato' Abu bakar Baginda. Alhamdulillah, masih ada 5 lagi kekosongan untuk pelajar berumur 5 tahun. Masih tidak jauh dari rumah. Dalam radius kesanggupan kami menghantar. Yuran yang dikenakan sangat berbaloi iaitu RM25 sebulan. Yuran pendaftaran pula lebih kurang RM153 kalau tak silap. Walau bagaimanapun, sesi persekolahan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Menurut kata guru di sini, mereka boleh menerima pelajar seawal pukul 8 pagi dan ibu bapa boleh mengambil pelajar sebelum pukul 2 petang. Nampaknya Rayyan perlu dihantar ke taska lain untuk transit sehingga mummy dan daddy balik dari pejabat. Bayaran transit adalah RM150 sebulan. Bajet yang agak berbaloi! Kalau sebelum ini mummy dimaklumkan bahawa pihak tadika KEMAS akan tengok slip gaji ibu bapa dahulu dan kalau pendapatan RM3000 ke atas tidak layak adalah tidak benar. Sesiapa boleh memohon tertakluk kepada kekosongan.

Dengan penemuan tadika untuk Rayyan maka pencarian tadika dihentikan setakat itu sahaja. Dalam list ada 3 tadika lagi yang hendak disurvey iaitu taski abim yang terletak di Sungai Merab, CIC yang terletak di Presint 15 Putrajaya dan Tadika Vonad yang terletak di Presint 15 Putrajaya juga. So, mummy tak tahu berapa yuran bulanan dan yuran pendaftaran untuk ketiga-tiga tadika tersebut. Yang mummy yakin dan pasti, yurannya tentunya lebih mahal berbanding tabika KEMAS.

Setakat entry ini ditulis, kelengkapan persekolahan masih belum lengkap. Mummy baru sediakan set alat tulis yang merangkumi pencil case, pensil 2 batang, sharpener, eraser, ruler dan gam. Opps satu lagi tertinggal, sticker nama Rayyan..hehe. 



Pada hari Ahad lepas semasa bershopping di Carrefour, Alamanda, mummy telah mengesyorkan kepada Rayyan sebuah beg Ben 10 yang berharga RM39.02 setelah ditolak diskaun 15%.

Mummy : " Rayyan nak tak beg ni?" sambil menunjukkan beg berkenaan kepada Rayyan.
Rayyan : " Mummy, Rayyan kan dah ada beg. Cukuplah.."



Aduh! baik sungguh la hati Rayyan ni. Mummy dah offer pun tak nak. Tak sampai hati pulak la mummy tengok Rayyan bawa beg buruk yang diusung ke taska untuk dibawa ke tadika pulak.
Tapi nak buat macam mana, daddy pun tak restu mummy untuk beli. Kata daddy, " Anak tak nak, tak payah beli. Dia minta baru beli."

Nampaknya mummy sorang je yang teruja anak nak pergi sekolah.
Hilang terus mood mummy nak melengkapkan kelengkapan sekolah Rayyan.
Ehm.. nampaknya Rayyan akan ke sekolah baru dengan apa yang ada..
Mummy dah merajuk!

2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

salam kenal,jmput follow kmbali :)

Anonymous said...

assalammualaikum.boleh bagi no. telefon untuk tadika kemas taman permai tu x?saudari transit anak di mana ye? harap dapat emel sy:
hidayah.suleiman@jbg.gov.my.
tq