Check it out!

Tuesday, May 26, 2020

Keputusan Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Salam 3 Syawal 1441 hijrah.

Catatan buat perkongsian pengalaman dan rujukan pada masa depan.





30 Julai 2019 yang lepas mami ada post satu entry berkenaan permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang mami apply last minute pada tarikh tutup permohonan, secara spesifiknya kurang 2 jam sebelum jam 12 tengah malam, bertukar ke tarikh 31 Julai. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk tiba-tiba rasa nak google Projek PPAM di Kuantan pada pukul 10 malam pada tarikh berkenaan. Kelam kabut buka laptop buat permohonan online on the spot. Boleh baca cerita mami di sini.

Alhamdulillah, 21 hari kemudian iaitu pada 20 Ogos 2019 mami terima satu message melalui aplikasi whatsapp dari pemaju projek berkenaan bertanya sama ada mami berminat dengan perumahan PPAM? Tinggal 1 unit terakhir. Disusuli dengan message penerangan lanjut menyatakan bahawa untuk projek ini, pemaju tidak menanggung segala yuran guaman. Part yuran guaman untuk tujuan loan boleh dicampur sekali dengan jumlah pembiayaan pinjaman rumah dengan bank/ LPPSA. Manakala part yuran guaman untuk tujuan MOT (perjanjian jual beli & Duti Setem) perlu bayar secara cash melalui pemaju. Jika berminat, bayaran deposit sebanyak RM1,000 akan diambil dan akan ditolak dengan yuran guaman kemudiannya. Bagi rumah berharga RM180,000 dan rumah pertama, bayaran yang kena dibayar adalah RM2,599.60.

Masa mula-mula terima message ni, mami agak ragu-ragu juga. Risau juga kalau scam. Sekarang ni kan macam-macam cara orang buat nak dapatkan duit dengan senang. Walau bagaimanapun, mami balas juga message tu, "Sy berminat".

Lepas jawab tu, mami google juga nama pemaju ni dan semua maklumat yang ada. Nampak macam ok. Tapi still juga on mode hati-hati. Mami tak berani transfer deposit melalui bank. Nak bagi by hand dan nak pastikan pejabat pemaju tu wujud dan sah. Paranoid sangat kan. Uishh banyak tu RM1,000..huhu. Bagi mami golongan marhaen ni la

Sebelum proceed offer ni, pihak pemaju minta mami hantar slip gaji dulu via whatsapp untuk mereka saring. Mereka hanya diberi no contact pemohon sahaja oleh PPAM, tidak dokumen lain. So, dia kata gaji mami boleh lepas loan then boleh bayar deposit. Mami bayar deposit pada 23 Ogos 2019 secara by hand di pejabat pemaju. Kebetulan memang plan ambik cuti nak balik kampung.

Menurut pemaju, unit last ni dia offer kepada beberapa orang pemohon PPAM. Memandangkan mami respon dulu, then dia terus locked last unit ini untuk mami. Rumah teres 1 tingkat lot tengah dengan harga RM180,000.00. Luas tanah 20' x 65'. Hakmilik kekal. Bukan Rizab Melayu. Agak rendah berbanding harga pasaran, namun perumahan PPAM ini akan terikat dengan moratorium 10 tahun tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada suami/ isteri/ anak.

Mami terima surat tawaran daripada PPAM pada 3 September 2019. Then, proceed permohonan loan dengan LPPSA.


Sempat tengok site dulu sebelum bayar deposit rumah. Nampak macam hampir 80% siap.

Setelah mohon loan secara online dengan LPPSA, mami kena sediakan semua dokumen yang diperlukan secara hardcopy dan disahkan salinannya sebagai betul. Dokumen yang perlu ada: 1) surat iringan ketua jabatan 2) borang LPPSA 3) salinan kad pengenalan (2 salinan) 4) slip gaji 3 bulan terkini 5) surat pengesahan jawatan. Mami pos kesemua dokumen ini kepada pemaju pada 6 September 2019 untuk diuruskan selanjutnya. 

Pada 18 September 2019, mami dapat e-mel daripada LPPSA menyatakan permohonan pembiayaan perumahan mami sedang diproses dan pada 20 September 2019 mami dapat e-mel daripada LPPSA menyatakan permohonan pembiayaan perumahan mami telah diluluskan. Mami perlu jawab penerimaan tawaran pembiayaan yang dinyatakan dalam tempoh 30 hari secara atas talian kalau tidak, tawaran pembiayaan terbatal.

Pemaju kata untuk projek PPAM, perjanjian jual beli boleh ditandatangani hanya selepas permohonan loan diluluskan. So, mami sign S&P pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) memandangkan tarikh ni mami dapat cuti balik kampung. Perancangan asal nak sign S&P pada tarikh 7 Oktober 2019 (Isnin) iaitu bersamaan dengan birthday mami, tapi apakan daya, tiba-tiba anak sulung mami ada exam UPKK pulak pada tarikh ni. Last minute ganti disebabkan 30 September sebelum tu jadi cuti peristiwa bagi negeri Kelantan atas kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan. Exam pada 30 September tu digantikan pada 7 Oktober.

Mami sign S&P di pejabat lawyer yang telahpun disediakan oleh pemaju. Lepas sign S&P, mami ke pejabat pemaju pula untuk serahkan dokumen yang dikirim oleh lawyer dan selesaikan baki bayaran duti setem dan lawyer. Alhamdulillah selesai another part. 

Mami dah kena bayar cukai taksiran rumah ni. Pada 30 Januari 2020, mami terima whatsapp daripada pemaju dengan lampiran notis bayaran cukai taksiran daripada PBT. Kena bayar sblm 29 Februari katanya. RM37.50 untuk setengah tahun. Campur denda RM2 sebab ada tunggakan untuk setengah tahun lepas, total RM77 kena bayar. Settled bayar pada 24 Februari lepas. Ok la, mami sign S&P bulan 10, tempoh cukai bulan 7 - 12, halal la 3 bulan tu. 

Pada 25 Mac 2020, mami terima e-mel payment notification for financing disbursement dari LPPSA menyatakan LPPSA dah buat bayaran kepada pemaju.

Pada 26 Mac 2020 pula, mami terima e-mel daripada LPPSA berkenaan pemberitahuan pelaksanaan arahan potongan gaji bagi tujuan bayaran balik pembiayaan perumahan mulai April 2020 hingga Mac 2050 (30 tahun) dengan potongan bulanan sebanyak RM941.81. Tak tunggu lama tuan-tuan, hari semalam bayar pemaju, hari ni dah keluar surat arahan potongan gaji..hihihi..  

Akhirnya mami terima notis daripada pemaju pada 16 April 2020 untuk ambil kunci rumah. Memandangkan dalam tempoh PKPB, nampaknya lepas PKPB la dapat ambil kunci dan jengah rumah. Tak dapat nak raya dengan rumah baru tahun ni...hihi..

As to date, dah dua bulan dah potong gaji bayar loan rumah. Tak dapat moratorium sebab loan dengan LPPSA..hehe. Walau bagaimanapun, alhamdulillah dapat moratorium untuk loan yang lain, so pemotongan loan rumah ni belum terasa sangat. Moga Allah limpahkan rezeki buat mami sekeluarga agar dapat membayar segala hutang-piutang sebelum dijemput pulang.

Last nak cerita sebelum mengakhiri entry ini. Tak disangka-sangka rupanya seorang kawan yang pernah sekerja dengan mami masa di cawangan Bangi dulu dapat juga rumah PPAM di taman yang sama. So, berjiranlah kami nanti. Alhamdulillah dah ada jiran yang kenal. Terkejut sebab tak pernah rancang dan borak pasal benda ni. Tahu pun bila ada kawan lain beritahu kawan mami ni juga ada apply rumah PPAM di tempat yang sama. Aturan Allah, pasti ada hikmah.

Nota hati:

Masa bulan Ramadan tahun lepas, memang sungguh-sungguh mami doa dalam sujud supaya Allah permudahkan urusan mami untuk memiliki sebuah rumah. Masa ni tak nampak lagi peluang untuk memiliki rumah pada harga mampu milik. Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu mami dihadirkan peluang untuk memohon rumah PPAM. Selepas mami apply rumah PPAM secara online, Rania hampir setiap hari tanya mami, dapat tak beli rumah yang mami mohon tu? Dia agak excited nak ada rumah baru. Sanggup nak bayar mami RM100 untuk memiliki sebuah bilik khas untuk dia..haha. Setiap kali itu mami jawab, belum tahu lagi. Rania doa la supaya dapat rumah tu. Pernah dia tanya masa balik dari sekolah, mami jawab benda yang sama, Rania doalah supaya dapat. Dia jawab, Rania dah doa dah tadi masa lepas solat zohor kat sekolah. Sejuk hati mami dengar. Memang bersungguh dia nak ada rumah baru. Alhamdulillah, berkat doa yang sungguh-sungguh Allah makbulkan impian mami dan anak-anak nak memiliki rumah landed.

1 comment:

EMO_GIRL said...

Hyeee. Thank you for your sharing.

Btw saya nak tanya sikit. Saya baru dapat tawaran utk beli rumah PPAM Setapak Rivera. Dan saya pun terima tawaran tu. Lepas beberapa hari kemudia, ada seorang ws saya mengatakan dia wakil dari pemaju rumah PPAM Setapak Reviera ni lah.

Dia mintak payslip saya utk check sama ada layak apply loan lppsa ke tak. Saya pun bagi payslip saya. Dua hari kemudian dia ws balik kata saya layak. Kemudian dia suruh sye isi butiran peribadi via ws. saya pun isi semua nya.

Kemudian, saya terima satu email dari lppsa utk verify email sye bagi proses mendaftar account lppsa. Selepas itu, wakil pemaju tu ws saya untuk klik link di email tu utk verify. Saya jadi was was bila dh masuk bab bab email ni. Lagi2 sye masih muda dan baru pertama kali beli rumah. Plus proses ni semua secara online, Bkn secara bersemuka di ofis pemaju. Saya takut scammer je.

Jadi, saya nk tanya awak. Sama tak proses yg awak buat dgn apa yg saya sedang buat ni?