Check it out!

Thursday, September 29, 2011

Penawar batuk untuk bayi


Siksa sungguh la kalau dapat batuk ni. Rasa macam nak pecah kepala bila batuk. Nasib baik la bukan tengah pregnen. Kalau tak, mahu terbabas air dari empangan..hehehe. Nasib baik la seminggu je saya dapat penyakit ni. Tu pun dah rasa dah azabnya. Ketika itu, baru la rasa, alangkah nikmatnya sihat itu!

Dalam gembira saya dah sembuh daripada batuk ni, si kecik Razin pulak dapat batuk. Nampaknya susu mummy belum sempat membuat antibodi melawan batuk untuk Razin. Kesian sungguh Razin. Terpaksa bertarung dengan batuk dalam usia sekecil itu.

Tak tahu nak bagi Razin ubat apa. Memang kalau boleh saya tak nak bagi Razin ubat batuk dari klinik. Risau pulak tak bagus untuk dia. Sudahnya, saya hanya menyapu vicks vaporub untuk baby kat dada, belakang dan lehernya.



Saya telefon mak saya semalam untuk bertanyakan petua untuk mengubati batuk untuk baby. Mak saya cakap, sapukan madu lebah pada leher dan dadanya. Yang ni saya belum buat lagi. Macam meragui keberkesanannya pulak..hehehe.. Kalau makan saya percaya, madu memang boleh mengubati batuk. Macam yang saya buat untuk diri saya dan juga Rayyan dan Rania. Baby bawah umur setahun tak boleh bagi madu..sebab madu tu ada mengandungi bakteria apa ntah..

Hasil 'google'an saya, saya jumpa petua untuk mengubati batuk kat sini. Rasa-rasanya sesuai tak untuk ubati batuk baby?

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Selain tu, saya jumpa jugak satu petua untuk hilangkan batuk baby kat sini.

Bahan-bahan:

1. Bunga belimbing buluh
2. Gula batu
3. Air

Masukkan bunga belimbing, gula batu dan sedikit air ke dalam bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas ini di dalam periuk nasi yang telah ditanak. Biarkan seketika. Berikan bayi anda minum air tadi. Insyallah lega batuknya.

Ehm..manalah saya nak cari bunga belimbing buluh ni? Kepada kawan-kawan yang ada petua lain untuk mengubati batuk baby..meh la kongsi dengan saya.