Check it out!

Friday, October 29, 2010

Menyusuri hari tanpa suami di sisi..

Salam. Wah..komain lagi tajuk entry ari ni ek. Hehe..ala..sekarang ni kan bulan bahasa..saje je la nak gunakan bahasa kita yang indah ni. Kalau bukan kita..sape lagi ye tak? Betul ke penggunaan perkataan tu? macam sedap je bunyi dia..betul la tu kot..hehe. Kisah ni adalah sambungan daripada entry yang sebelum ni.. Hari ke-3 ditinggal suami. Wah..macam cite best plak ada sambungan2 yek..hahaha..layan je la..

Ari ni dah ari ke-6 encik asben tinggalkan wifenya ini pi outstation sejak ari Ahad ari tu. Kali pertama encik asben outstation lama..lebih daripada 2 hari. Tinggalla si isteri bersama anak-anak kecik kat rumah..huhu.. sedih tak? tak sedih ke? sape tak sedih tu..memang takde perasaan..hehe.. Tapi nasib baik la mak volunteer datang rumah seminggu ni untuk tolong temankan anak sulungnya ini yang terkontang-kanting sorang2 nak layan anak2 kecik. Terima kasih la mak! Memang tak berniat pun nak suruh mak datang..tapi mak yang beriya2 nak datang. Ok la..boleh la main2 ngan cucu..

Memula tu encik asben cadang nak hantar anak balik kampung. Uiih! tidakla..tak sampai hati la..maminya ini nak berpisah ngan anak-anak. Biarla susah senang depan mata kita. Kang bukan anak je yang nangis kat kampung..maminya ni plak yang nangis kat sini..hehe. Masa bersalinkan Rania dulu..satu malam tido kat hospital pun..dah meleleh air mata mami ingat kat Rayyan. Inikan plak nak hantar kampung seminggu. Ohh tidak! Memang nekad je nak handle sendiri. Tak nak susahkan sape2. Takpe la..seminggu bukan lama. Lepas ni mesti encik asben akan outstation lagi.. takkan la tiap kali outstation nak minta tolong sesape lagi. Kenala belajar berdikari sendiri ye tak? Mungkin encik asben risau..camne la isterinya ini nak bawak turun anak2 yang berumur 2 thn 4 bulan dan setahun tu turun tangga dari rumah di tingkat 2 pepagi buta seawal pukul 6.15 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh yang jauhnya 10 minit perjalanan berkereta. Biasanya memang tengah tido pun mereka ketika diangkat untuk dihantar ke rumah pengasuh. Fikir2 balik..camne ek? Kene kejutla kot si abang suruh dia jalan..turun tangga sendiri dan adik mami dukung. Itu je la caranya. Memang kesian nak kejut tengah syok2 tido..tapi lg kesian kalau dukung dua2..tapi semua terjatuh akibat ketidaklaratan maminya ini dah dukung dua2 skali. Ohh!! praktikal tak semudah teori..

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan. Tetiba plak mak volunteer nak datang umah..tolong jaga cucu-cucunya. Plan mak nak datang umah masa cuti sekolah nanti dengan adik diawalkan..hehe. Tapi sian la kat adik yang tak bleh nak memonteng sekolah sebab ada exam. So seminggu ni pengasuh dicutikan dengan bergaji penuh. Ye la..bukan dia mintak cuti..kita yang cutikan dia..hehe..tapi kalau dia mintak cuti pun..saya tak potong pun gajinya.. tak perlu berkira la kan..dia pun tak akan berkira dengan kita.

Yang bestnya bila mak ada..ari2 bawak bekal pi opis. Sedapnya mak masak! Ari ni..bawak bekal nasi putih ngan sambal sardin pun sungguh berselera sekali saya makan. Sampai2 je opis pukul 7.30 pagi..bukan bukak fail buat keje.. tapi bukak bekal..makan dulu! hehe.. pepagi buta dah makan nasi putih panas2..macam nak pi menoreh plak ye..hahaha.. tak tahan! lauk feveret tu!

Pepagi bleh bangun lewat skit. Biasa bangun pukul 4.30 pagi..sekarang bleh la bangun pukul 5.15 pagi. Tak perlu masak bubur untuk anak-anak lagi. Botol susu anak pon mak dah tolong basuhkan. Saya tinggal strill kan je. Nak pi keje..mak dah siap bancuhkan secawan milo untuk saya. Wah..bestnya.. Balik keje plak..mak dah siap masak..tinggal makan je. Memang best!

Tapi yang tak bestnya..seminggu ni terpaksa drive sendiri. Biasanya encik asben yang drive..saya dok sebelah. Kalau ngantuk bleh tido. Tapi sekarang..kalau tido..memang cari nahas! jadi punca jalan jem la jawabnya.. Aihh! nauzubillahiminzalik! Barula rasa lenguhnya kaki menghadapi jalan jem.. kete manual!

Alhamdulillah..memang Allah dah aturkan..dalam tak best nak kena drive sendiri, tetiba plak ari Ahad malam Isnin member bagi sms nak tumpang pi kursus. Dia kursus kat tempat kerja saya. Keretanya rosak. nak tumpang seminggu. So..seminggu ni..saya tak keseorangan memandu kereta ke tempat kerja sejauh lebih kurang 45 km. Ada gak la teman berborak.. Nampak tak..di mana Allah bagi kesulitan..Allah bagi juga kelapangan kan.. Subhanallah!

Biasanya..encik asben tukang buang sampah kat umah. Tapi sekarang bila dia takde..terpaksala kena buang sendiri. HUh! tahu je la..rumah flat..tong sampah besar dia nun jauh di sana. Tak agak2..ari tu saya bawak turun 2 karung sampah.. 3 ari punya hasil. Nak sampai ke destinasi punya la banyak kali berhenti rehat. Lenguh dah tangan! Bahan buangan Rayyan la yang berat ni! Kalau la encik asben yang gagah perkasa tu ada.. letih rupanya pi buang sampah ni..

Seminggu ni..anak2 tak banyak meragam pon. Saje tanya kat Rayyan, dedi mana? dia jawab.. dedi keje..dah faham ke anak bujang mummy ni? Takde la dia merengek2 cari dedi dia. Ari Isnin sampai khamis..anak-anak masih tido ketika maminya ini kuar rumah nak pi keje. Tenang sikit perasaan nak pi keje. Cuma ari ni je Rayyan pukul 5 pagi dah bangun. Nasib baik tak nangis masa mami nak pi keje. " Ok mami nak pegi keje, salam.." dia pun salam dengan penuh hormat. " Babai mami.." Huh! selamat tak nangis..kalau tak..gerenti si kecik Rania pun akan bangun dan nangis sama..



Pejam celik pejam celik..kejap je dah ari jumaat ari ni. Gembira ada..sedih pun ada ni. Gembira sebab esok encik asben nak balik dah.. sedih plak sebab esok mak nak balik kampung dah..lepas subuh mak balik dgn pakcik yang kebetulan nak balik kampung jugak..huhu.. Ye la mak pun ada encik asben yang ditinggalkan seminggu..mesti la mak gembira nak balik cepat kan..

Tuesday, October 26, 2010

Hari ke-3 ditinggal suami

Salam. Pelik ke dengan tajuk entry ari ni? hehehe..jangan fikir bukan2 ye.. ini kes suami sayang la ni..kena tinggal. Bak kata pepatah.." sayangkan isteri..tinggal-tinggalkan..sayangkan anak..tangan-tangankan.." wah..siap berpepatah bagai ari ni ye.. biasa ar..perasaan orang bercinta jarak jauh..hahaha..

Ari ni masuk ari ke-3 dah encik asben pi outstation. Nun jauh kat pulau sana. Bukan Pulau Pinang..tapi Pulau Redang. Bestnye dapat outstation kat pulau peranginan kan. Tapi lagi best kalau dapat bawak anak bini..hehe.. Takpe la..kali ni encik asben pi sebab tuntutan tugas..manala tahu..bila tempat tu sangat best..dia tergerak hati plak nak bawak isteri dan anak-anaknya ini pergi plak untuk melancong..hehe (menulis dengan penuh harapan..haha..moga encik asben terbaca entry ni..) Buat masa ni..kami tengok je la gambo2 yang dipost dalam blognye.. Hah! sila la layan gambar2 ni yang dicilok dari blognya itu. Layan...

First time encik asben naik flight (Opps sori terbocor rahsia..hehe) tapi isterinya ini belum penah lagi..huhu..bila la agaknya nak merasa ye?

Pemandangan di sekitar kawasan penginapan. Cantik kan? Tetiba plak teringin nak ke sana..hehe.. (tengah mengayat encik asben ni..kalau la dia baca post ni..hehe)

Wah..saujana mata memandang..kalau la bleh duduk kat kerusi tu sambil memandang indahnya ciptaan Allah..tenang rasanya fikiran..(mengayat lagi ni..)

Wah..bangganya dia bergaya cam tu kat pulau cantik tu ye..uiihh jelesnye..kalau la dapat berdua-duaan sambil berpegangan tangan..menyusuri pantai..bersama encik asben sambil ditiup angin yang sepoi2 bahasa..bergurau senda..berbual mesra..tanpa kacau daun daripada double R..alangkah bestnye kan... (mengayat tak sudah-sudah..)

Tapikan..encik asben kan penah cakap..selagi Rania tak sebesar Rayyan..no holiday-holiday ni..huhu.. Rania baru setahun..kena tunggu setahun lagi.. tapi kalau belum sampai 2 tahun..Rania dapat adik lagi..terpaksa la extend holiday another 2 tahun lg..huuwaaaaaa..nampaknya lepas pencen la kot dapat pi holiday ni...sob..sob.. (agak2..encik asben touching tak baca cite ni..)

Tuesday, October 19, 2010

Cerita Telefon Bimbit

Salam. Tetiba plak ari ni nak cite pasal handphone. Maklum la sekarang ni mamiraysha dok memikirkan pasal handphone yang satu ni. Rosak la plak. Tak bleh nak charge langsung! Puasla dicucuk-cucuk..dilap-lap..tak mahu jugak. Sekarang ni dia sedang koma..tak sedarkan diri akibat takde tenaga bateri. Takde siapa yang bleh menghubungi mamiraysha melalui handphone ketika ini.Ehm..nak kena tukar baru ke? Aduih! kos lagi! Agaknya handphone ni dengar kot bajet ari jumaat ari tu. Kakitangan awam nak dapat RM500. Sabo je la..

Cerita kat cik abang tadi pasal handphone ni..kena sound lagi! Siapa suruh bagi anak main handphone! Aduih! Kalau tahu kena sound tak yah cite. Kat mana la lagi nak mengadu.. Ni yang mengadu kat blog ni. Sure tak kena marah punya. Time kasih la ye yang sudi baca cite ni..hehe..

Alang-alang dah cite pasal handphone rosak..ari ni mamiraysha nak senaraikan handphone yang pernah dimiliki dari tahun 2000 hingga kini. Mamiraysha ni bukan jenis yang suka tukar handphone baru ikut perkembangan teknologi. Mamiraysha tukar handphone ikut keadaan dan bajet. Handphone dah rosak..baru beli lain. Selagi bleh guna..selagi tu la mamiraysha guna. Bila nak kena ganti baru plak..mamiraysha tak beli yang mahal2 sampai ribu riban..sayang plak duit nak beli handphone mahal2..hehe.. Bukan kedekut..tapi berjimat :-)

Inilah telefon bimbit pertama dalam hidup mamiraysha. Alcatel one touch easy dual band. Tapi mamiraysha punya kaler hijau. Beli masa tahun 2000 dengan harga RM3++. Masa ni handphone semua mahal2. Nak beli Nokia..mahal..RM4++. Ini je la yang mampu. Janji bleh call dan sms sudah. Masa ni zaman belajar kat u lagi. Masa ni handphone dah jadi barang keperluan. Perlu ada handphone sebab member2 1 group tinggal kat kolej yang berasingan. Handphone la jadi perantaraan. Sim card masa ni pun mahal. Sim card Maxis harga dia RM238. Fuh! jauh beza sungguh dengan sekarang! Sekarang ni RM8 dah bleh dapat kan? Yang bestnya masa ni..beli handphone sama-sama dgn besfren. Sebijik! nombor handphone pun kami pilih sama..cuma berbeza 1 angka kat hujung nombor. Nombor saya 012-2XXXXX4 dan nombor dia 012-2XXXXX5. Sampai sekarang mamiraysha masih setia dengan nombor ni tapi besfren dah tukar dah no lain.. Maklumla boifren dia pengguna rangkaian lain..hehe..nak murah..kena la tukar rangkaian yang sama. Start semester 3 sampai la habis belajar..mamiraysha tak pernah pun tukar handphone lain.

Lepas handphone pertama rosak..baru la mamiraysha beli handphone lain. Tapi masih gak beli jenama Alcatel cuma model je lain skit. Kenapa beli jenama ni? Bagus sangat ke? Hehe..itu mamiraysha tak tahu nak jawab. Main belasah je beli. Memang tak mengikuti perkembangan teknologi. Main tangkap muat je. Handphone ni dibeli kat Pertama Complex. Orang cakap murah beli kat sini. Tapi tak ingatla berapa mamiraysha beli handphone ni. Dalam RM2++ kot. Maklumla status student lg. Masa ni tgh wat degree..


Bila handphone yang ke-2 dah rosak..baru tukar baru. Kali ni mamiraysha beli jenama Nokia 2300. Masa ni dah bekerja. Handphone pertama dengan gaji sendiri. Harga handphone ni masa tu lebih kurang RM350. Dah keje pun masih pakai handphone tak mahal. Hehe..memang bajet handphone mamiraysha bawah RM400 ye! Tak mampu beli mahal2 ni. Mamiraysha pilih jenama nokia masa ni sebab ringing tone dia sedap kot berbanding ringing tone handphone sebelum ni. Mamiraysha punya yang kaler grey tu. Kat opis masa tu..ada la 2-3 orang yang pakai handphone yang sama..

Seterusnya, macam biasa..bila handphone rosak..terpaksa beli baru. Kali ni mamiraysha beli jenama Motorola model C261. Harga dalam RM2++ hehe.. itu pun masa ni member belikan kat KL (mamiraysha kat Batu Pahat) tapi pakai duit sendiri ye. Bukan dia belanja..hehe..maklumla takde apa-apa..wat rugi duit dia je ye tak? Member ni dah pun jadi asben i sekarang ni..hehe..bukan sebab terhutang budi dia tolong belikan handphone ni makanya dia dipilih jadi asben i tau. Agaknya bila terpandang handphone ni teringat kat dia kot..hahahaha..tu yang tertukar status dari member jadi laki tu. Ada jampi-jampikah? hehe..dah jodoh! Ini handphone pertama mamiraysha yang ada kamera dan kaler. Mamiraysha pakai handphone ni sejak tahun 2006 sampai la dah kawin..

Buat pertama kalinya..handphone belum rosak lagi tapi mamiraysha dah tukar handphone baru. Tapi bukan sebab kehendak sendiri tapi encik asben dah belikan. Handphone sony ericsson K770i ni dibeli sebab ada kamera. Mamiraysha baru bercadang nak beli kamera baru bagi menggantikan kamera digital yang dah rosak. Tapi encik asben cakap..tak guna beli kamera kalau kamera asyik tinggal je. So, dia kata baik beli handphone yang ada kamera..senang..kompem tak tertinggal! Betul jugak! Buat pertama kalinya juga mamiraysha pakai handphone mahal! handphone ni kalau tak silap harga dia RM5++. Tak la mahal mana bagi yang kaya-raya ye tak? Tapi bagi mamiraysha dah cukup mahal dah ni. Bestnya pakai handphone ni sebab ada kamera dan gambarnya pun cantik. 3.2 mega pixel. Sekarang ni..handphone ni masih ada lagi tapi dah rosak. Tapi masih ada dalam simpanan. Tak sempat nak hantar baiki lagi. Mungkin mamiraysha tak pandai jaga..sesuka ati bagi anak main! So sempat la pakai handphone ni dari tahun 2008 hingga bulan 6 tahun 2010. Bila handphone ni dah rosak..encik asben tetiba datang opis..bagi handphone baru. Terkejut ada..terharu pun ada..

Hah ini la dia handphone terkini yang ada pada mamiraysha. Harga dia mamiraysha tak tahu sebab encik asben belikan sorang2 dia je. Malas nak tanya harga. Rasanya tak mahal kot. Jenama CSL model i250. Mamiraysha tak kisah pun jenama apapun..mahal ke murah ke..janji bleh call dan sms sudah. Prinsip mamiraysha, tak guna ada handphone mahal2..tapi kredit takde! hehehe..(ni pakcik mamiraysha selalu kena sound..hahaha..) Yang tak sangkanya sebenarnya handphone ni sama dengan handphone yang besfren mamiraysha tengah pakai sekarang. Ala besfren yang masa memula pakai handphone sebijik dan nombor tipon lebih kurang sama tu. Akhirnya kembali juga pakai handphone sama cuma kaler je lain. Mamiraysha kaler biru..dia kaler hitam. Pun sama asben dia belikan gak akibat handphone lama dia anak dia dah masukkan dalam akuarium. Hahaha..handphone dah tukar status jadi ikan! kreatif sungguh anak dia!

Malangnya..sekarang ni..handphone ni problem plak. Tak bleh nak cas. Tak tahu la problem kat charger atau kat phone. Apa-apapun balik kang nak suruh en. asben try betulkan. Mana tahu dengan dia boleh plak! Tak yah beli handphone baru. Selamat duit i! hehehe..

Monday, October 18, 2010

Bila nikmat sihat di tarik

Terasa betapa tak bestnya bila tak sihat. Semuanya rasa serba tak kena. Nak bernafas pun tak bleh melalui hidung sangat..kena gak bantuan mulut untuk bernafas! opss tapi bukan bantuan dari mulut ke mulut ye. Bantuan mulut sendiri la..untuk laluan oksigen masuk ke otak. Bibir pun dah kekeringan akibat dah jadi laluan alternatif si oksigen. Sop! sop! diselangi dengan bunyi uhuk! uhuk! memang dah jadi irama dan lagu ari ni yang saya dendangkan..

Dapat selesema dan batuk sekali..memangla menangkap ke kepala. Pening-pening lalat dah rasa. Mungkin lalat pun tak pening macam ni. Kalau la dapat baring dan melelapkan mata sejam dua..alangkah nikmatnya! Tapi apakan daya..tengah bekerja! Deria rasa pun dah hilang entah ke mana. Makanan pun rasa semua sama. Manis..masin..masam..dah tak ada..semuanya tawar belaka..

Baru la rasa..betapa nikmatnya sihat yang Allah bagi. Sebelum ni tak sedarpun betapa sihat tu nikmat yang perlu disyukuri. Bila nikmat sihat Allah tarik..baru la sedar sebenarnya sihat tu sebesar2 nikmat. Takpe la..semoga sakit ni menjadi kafarah kepada dosa-dosa yang lalu..ye tak? sabar dan redha je la..

Friday, October 15, 2010

Bonus untuk kakitangan awam

Setiap kali pembentangan bajet..rasanya kebanyakan kakitangan kerajaanlah antara orang yang paling excited nak dengar pembentangan bajet ni dengan hati yang penuh pengharapan agar PM umumkan bonus :-) Untuk bajet kali ini..rasanya CUEPECS mohon untuk 2 bulan bonus..tapi tak berjaya! Apa-apapun kakitangan kerajaan tidak dihampakan. Kerajaan bermurah hati untuk bagi RM500 sebagai bantuan untuk persediaan anak nak masuk sekolah awal tahun depan. Bayaran ni akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Ramai yang keciwa tak dapat bonus ni.. tapi apakan daya.. kerajaan kata..kalau bagi bonus..perbelanjaan akan melebihi pendapatan. Berbilion gak la kerajaan kena spend untuk bayar bonus kalau diberi.

Ehm..RM500 pun jadilah..daripada tak merasa langsung ye tak? Ari tu nak raya kerajaan dah bagi RM500 dan hujung tahun ni pun dapat RM500 lagi..dah RM1,000 dah tu. Kalau suami isteri kakitangan kerajaan..dah dapat RM2,000. Sikit ke banyak ke..inilah rezeki yang telah ditentukan untuk kita. Syukur Alhamdulillah!

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Opps..lupa nak cite. Tadi ada member tanya, "abis akak ni tak kawin dan takde anak sekolah, dapat gak ke RM500 ni?" Hehehe..sian akak ni takut tak dapat RM500. Ingatkan nak jawab tak dapat..saje nak bergurau..tengok muka..kesian plak.." Dapat kak..pukul rata..semua kakitangan kerajaan Gred 54 ke bawah semua dapat.." Dengar je dapat..member dah plan nak wat spec baru! Banyak bleh beli dengan RM500 ni kan?

Cuti Bersalin 90 hari

Berita baru diterima! PM umumkan dalam pembentangan bajet 2011 petang tadi..kakitangan kerajaan boleh cuti bersalin 90 hari dengan dibayar cuti penuh! Huiyo..3 bulan tu..

Tapi keputusan ni bukanlah automatik..semua orang bersalin dapat cuti 90 ari. Tapi sebaliknya optional je..boleh pilih sama ada nak cuti bersalin 90 ari ke nak cuti bersalin 60 ari sebab ia tertakluk kepada cuti bersalin keseluruhan sepanjang perkhidmatan berjumlah 300 hari.

Kalau sebelum ni kaum hawa kakitangan kerajaan ni diberi keistimewaan cuti bersalin 60 hari terhad untuk 5 kelahiran sahaja sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan. Kalau dihitung2..jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan untuk 5 kali bersalin ni adalah 300 hari. Sama je jumlahnya dengan pengumuman baru ni..cuma lain je kaedahnya!

Kalau sebelum ni mamiraysha dah 2 kali cuti bersalin sepanjang perkhidmatan..iaitu dah 120 hari dah ambik cuti bersalin..maknanya baki tinggal 180 ari je peruntukan cuti bersalin yang mamiraysha layak. Ini bermakna, kalau mamiraysha bercadang nak ambik cuti bersalin 90 ari untuk next baby..baki tinggal 90 ari je lagi untuk the next one. Ngam-ngam 4 orang anak. Cukup ke 4 orang? hehe..kalau nak anak 5..nampaknya kena la limitkan cuti untuk 60 ari je..tak merasa la nak cuti panjang2.. :-)

Apa-apa pun terima kasih la kepada pihak kerajaan yang wat keputusan ni. At least boleh bagi peluang kepada ibu-ibu untuk breastfeed baby directly dengan lebih lama. Lama la skit baby dapat merasa hubungan mesra dengan ibunya ye tak? Tambahan lagi, Tenang skit ati nak tinggalkan anak dah 3 bulan ngan pengasuh berbanding ketika mereka berusia 2 bulan..

Ada yang tak sabar2 nak bersalin ke bila dengar dapat cuti 90 ari ni? hehe..tapi sekiranya anda sedang mengandungkan anak yang ke-5 sekarang ni..last quota untuk cuti bersalin..nampaknya tak bleh la nak rasa cuti 90 ari ni..

Apa-apa pun ibu-ibu sekelian..pilih la yang terbaik untuk si manja anda! berbincang la ngan en. abang ye..

Rania yang demam..


Salam. Dah lama dah rasanya tak menulis blog. Tak berkesempatan! kat opis bizi memanjang kebelakangan ni. Ni pun baru ari ni start keje setelah 4 ari berkursus. Kat umah plak memang tak sempat. Kena utamakan yang utama. Badan pun tak sihat sangat..mood pun takde nak menulis walaupun dlm kepala ni macam-macam nak cite..tapi apakan daya..

Saat ni saje je nak cite pasal si kecik Rania. Teringat kat dia.. maklumla dia demam! Dah 2 ari dah Rania jadi Naruto! Tampal cool fever kat dahi! panas sangat.

Minggu lepas 6/10/2010 Rania kena cucuk 1 tahun walaupun lagi 5 hari baru genap umur dia setahun. Nurse cakap lepas kena injection ni..seminggu kemudian baru nampak tindak balas body. Kalau kuat tak demam, kalau tak kuat..akan demam. Mungkin Rania demam sebab injection ni kot. Tak pun demam pasal nak tumbuh gigi. Dah nampak dah warna putih kat gusi depan sebelah bawah. Bila mummy rasa pakai jari..dah terasa dah kasar kat tempat tu. Gigi pertama Rania bakal muncul setelah setahun dok kat dalam..tak kuar2..hehe.. Tak pun mungkin dua2 ni la punca dia demam!

Nak ikutkan hati..memang rasa nak cuti je..sian kat dia..tak selesa. Tapi apakan daya..dah lama tinggal keje pi kursus. Takpela..mungkin nenek jaga Rania demam lebih baik berbanding mummy ni. Mummy ni tahu sumbat nenen je dalam mulut Rania.

Malam tadi..Rania tido tak lena langsung..kejap2 merengek. Tak nak berenggang dengan nenen langsung. Mummy pun tumpang tak selesa juga. Ngantuk ada.. Lenguh pun ada bila rasanya mengiring lelama kat sebelah kanan je. Rasa nak tumpang merengek sama je. Tapi kalau mummy merengek pun..takde sape pun nak pujuk..huhu.. Takpela..bukan selalu Rania wat perangai..bila tak sihat je..

Kepala dan badan Rania malam tadi bukan main panas lagi. Takut gak mummy. Mummy tepek cool fever kat dahi dan ambik towel basah..tekapkan kat kepala dan ketiak Rania. Dengan cara ni..baru Rania dapat tido lama skit. Kalau tahu..start2 tido mummy buat. Tapi waktu tu tak berapa panas lagi. Rania merengek2 pun mummy sumbat je nenen..malas plak nak bangun ambik cool fever ngan towel basah. Tapi asyik merengek je..mungkin Rania tak selesa kot..badan plak makin panas. Ishk! tak bleh jadi ni. Mummy gagahkan gak diri untuk bangun..Rania amanah mummy!

Moga Rania cepat sembuh! Rania demam..mummy pun rasa nak demam ni..tak larat dah rasanya badan ni..tekak pun dah rasa perit2 ni..