Check it out!

Wednesday, February 16, 2011

Tips pemanduan selamat bagi ibu hamil

Sedikit perkongsian untuk rakan-rakan seangkatan. Ari ni mamiraysha nak share tips pemanduan yang selamat bagi ibu hamil. Mungkin ada yang tak ambil berat pun pasal perkara ni.. selamba je macam orang tak pregnen kan? Macam i..hehe.. Mungkin juga ada yang terlampau ambil berat sampaikan nak memandu pun tak berani..

Selamat ke memandu ketika mengandung ni? Sebenarnya takde salahnya meneruskan hidup secara normal walaupun mengandung. Ye la memandu ni dah kira satu keperluan dah untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan senang dan selesa. Ibu mengandung boleh memandu tapi apa yang penting adalah mengambil langkah berjaga-jaga. Tak kan la sebab mengandung..tersekat pulak aktiviti harian. Memandu sendiri ni banyak kelebihannya. Selain memberi kemudahan nak ke mana-mana ikut suka, ia juga memberi keselesaan untuk kita berhenti rehat sesuka hati, nak pegi toilet ataupun nak regang-regangkan otot yang tegang.

Pada trimester pertama dan kedua mungkin takde masalah nak memandu sendiri ni. Tapi bila dah masuk trimester ketiga..perut pun dah membesar sampai nak jejak stereng..adalah lebih baik suruh orang lain drivekan untuk kita. Takut juga tetiba plak rasa sakit nak bersalin. Hah, jangan plak drive macam ada iklan kat tv tu.

Berikut adalah antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian oleh ibu mengandung dan mereka yang sayangkan ibu mengandung ni:

1) Pakai tali pinggang keledar dan pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul. Pastikan tali pinggang torso yang menyerong diletakkan di antara payudara dan tarik tali pinggang riba ke atas paha, dalam keadaan mendatar di bawah perut. Jangan sesekali mengenakan tali pinggang pada perut mahupun atas perut, ia perlu dipakai di bawah perut dan separas dengan tulang paha. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, perut yang ada baby kat dalam tak ditekan oleh tali pinggang tersebut.

2) Pilih tali pinggang keledar jenis yang mudah dilaras, yang membolehkan ia mengikut gerak tubuh (elastik) semasa terjadinya sebarang hentakan dan kejutan yang tidak terduga. Ini kerana ia mampu menyentak tubuh anda ke belakang semula tanpa rasa sakit.

3) Laraskan tempat duduk sewaktu memandu dan pastikan ia berada jauh dari stereng tetapi masih lagi memberi keselesaan untuk menekan pedal minyak dan brek. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, stereng yang keras tidak menghentak perut. Jika perlukan extra perlindungan, boleh juga letakkan bantal kecil antara perut dan stereng supaya jika berlaku perkara yang tidak diingini, hentakan stereng tidak memberi impak yang kuat kepada perut.

4) Boleh juga letakkan car sticker yang memberitahu wanita mengandung sedang memandu supaya pemandu-pemandu lain boleh berwaspada dan berhati-hati ketika memandu berhampiran anda.

5) Pastikan penyaman udara kereta dalam keadaan baik supaya anda sentiasa berasa selesa dan nyaman sepanjang perjalanan.

6) Jangan memandu seorang diri kalau perlu memandu pada jarak yang jauh. Jika terpaksa juga memandu seorang diri, pastikan seseorang tahu ke mana anda pergi dan jalan yang anda gunakan. Selalu berhubung dan memberitahu keselamatan anda dan sebagainya kepadanya. Pastikan telefon bimbit berdekatan anda dan hands free disediakan setiap masa. Lagi baik kalau sediakan speed dial untuk nombor2 panggilan kecemasan.

7) Jangan memandu dalam jarak yang jauh tanpa berhenti rehat. Berhenti seketika untuk meregangkan kaki dan otot-otot yang terlibat. Berjalan seketika untuk elakkan kekejangan kaki dan membenarkan peredaran darah yang lancar.

8) Sentiasa sediakan sebotol air atau jus berhampiran anda untuk memudahkan anda meneguknya dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

9) Sentiasa sediakan sepasang selipar atau sandal yang selesa di dalam kereta untuk anda gunakan ketika memandu berbanding kasut biasa yang digunakan yang mungkin boleh mendatangkan ketidakselesaan bila guna dalam tempoh yang lama.

10) Patuhi undang-undang jalan raya. Pandu dengan selamat. Samada anda mengandung ataupun tidak, undang-undang jalan raya tetap sama.

11) Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat di sepanjang perjalanan yang ditempuhi terutama bagi perjalanan jauh. Sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sekiranya tiba-tiba anda mengalami kontraksi dan bersalin tanpa dijangka. Jangan lupa sentiasa membawa bersama rekod antenatal anda ke mana jua anda pergi.

12) Sebagai seorang Islam, sebelum memulakan perjalanan, sebaik-baiknya bacalah doa naik kenderaan dan juga Ayat Kursi agar perjalanan mendapat perlindungan daripada Yang Maha Pelindung. Jom check kelebihan baca Ayat Kursi ni kat sini.

Semoga tips ni sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada mummies diluar sana untuk memandu dengan selamat.

2 comments:

Ara said...

bagus entry ni..i xpenah terfikir pun, main belasah je time drive..hehe

mamiraysha said...

a'ah Saraa..i pun sama gak sebelum ni..hehe..ni baru concern lepas terjumpa 1 artikel dlm majalah.. wat carian skit.. hah ni la hasilnya..sama2 la kita berkongsi ye..