Check it out!

Monday, June 6, 2011

Pengalaman Bersalin : Episod 3

Sebagaimana dijanjikan.. ari ni saya nak share story bersalin saya :-) Terima kasih kerana sabar menanti..hihi..kalau ada yang ternanti-nantila kan..

Kepada mereka yang pertama kali menatap blog ini, pengalaman bersalin episod 3 ni maknanya pengalaman saya bersalin buat kali ke-3. Bukan bermakna entry ni ada 3 episod ye..hihi..

Kisah bermula pada 1 Jun 2011 yang lalu. Genap 40 minggu usia kandungan pada hari tu. Malam sebelum tu berlalu tanpa apa-apa berlaku. Ye la..masa Rania dulu malam tu dah start sakit pinggang dah. Pagi esoknya genap 40 minggu (due date) dia kuar. Tapi kali ni..steady je.. So pagi tu, pegi keje macam biasa. Menghabiskan baki tugasan yang ada. Siap jugak la minit mesyuarat yang terbengkalai tak siap2..padahal dah lama dah mesyuarat tamat..hihihi..

Pukul 3 petang hari yang sama ada appointment check up antenatal kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Pukul 2.45 petang saya thumb print keluar opis. Sepanjang masa di opis, takde apa-apa tanda yang menunjukkan saya akan bersalin pada hari tu. Cuma kerap sangat pi buang air kat toilet. Mungkin baby dah dekat sangat dengan pintu kuar sehingga menghimpit pundi kencing..hihi..

Kat klinik, saya lalui prosedur macam biasa. Memandangkan due date ari ni tapi tak bersalin lagi..saya perlu refer doktor untuk dapatkan surat hitam putih tarikh menyerah diri ke hospital sekiranya masih tak bersalin lagi. Masa jumpa doktor, doktor buat ultrasound. Check punya check, dia dapati air ketuban saya kurang. So, doktor arahkan saya untuk terus ke hospital putrajaya.

Dipendekkan cerita, en asben pun hantar la saya ke hospital. Hampir pukul 6 jugak la sampai kat hospital. Tertera kat kaunter dewan bersalin tu satu notis tertulis lebih kurang begini, " Terima kasih kerana memilih hospital putrajaya. Wad penuh. Pemeriksaan akan dibuat tetapi anda akan dirujuk ke Hospital Kajang." Alamak! musim orang bersalin ke? En. asben dah gabra dah..tak tahu jalan ke hospital kajang..hihihi..

Lepas daftar, nurse bertugas ambil tekanan darah saya, berat badan, test urine dan juga buat CTG. Apa benda CTG ni? nama penuh dia cardiotocography. Sejenis alat yang dipasang kat perut ibu mengandung untuk mengesan kadar denyutan jantung baby dan juga kontraksi. Hasil ujian CTG ni ditunjukkan dalam bentuk graf. 20 minit jugak la dia buat CTG ni kat saya.

Lepas buat CTG ni, saya kena pindah katil plak untuk doktor buat ultrasound. Chek punya chek doktor kata.. air ketuban cukup.. tak kurang pun sebagaimana yang didakwa oleh klinik kesihatan. Dia kata dah 2 kes klinik refer pasal air ketuban kurang tapi tak kurang..

Melalui result CTG ni, doktor kesan saya ada sikit kontraksi. Memang pun saya ada rasa kontraksi sikit tapi tak la kuat sangat. Doktor check bukaan serviks.. dia kata terbuka 1cm. Ini pun sebab kelahiran2 yang lepas katanya. Saya dibenarkan balik.

Sampai rumah dah pukul 7.15 malam. Masuk je rumah..bukan main seronok lagi Rania. Rindu sangat dia kat mummy. Ye la..last jumpa pagi sebelum mummy pi keje. Sempat lagi mummy bagi upah nenen kat Rania.

Masa kat rumah ni dah rasa dah sakit pinggang. Contraction is coming! Masa tengah solat maghrib..ada rasa something kuar. Lepas solat..check, opps! ada lendir campur darah. Darah tak la kaler pekat..tapi cukup la nak kenal itu darah. Banyak gak la lendir yang kuar. Mungkin sebab dah kena kacau dengan doktor kot petang tadi.. Masa ni, saya check contraction dah 3 minit sekali..konsisten!

En asben terus ajak pi hospital. Saya kata lepas isyak la. Nak solat isyak dulu. Sempat gak bagi Rania nenen dulu sementara tunggu isyak. Tapi tak lama..Rania pun tak sanggup nak nenen lelama bila tengok muka mummy asyik menyeringai menahan sakit contraction 3 minit sekali..hihi..baik hati anak mummy ni..

Sebelum pi hospital..en asben sempat lagi tukar beg yang saya dah siapkan awal2 kepada 2 beg yang lebih kecil. Malu katanya nak bawak beg ala2 AF yang besar tu. Petang td dia nampak orang pi hospital bawa beg kecik2 je..hihi.. tu la..saya dah cakap awal2..malu nak bawak beg AF tu..tapi en asben kata..senang nak tarik ada roda.. last2 saya mengalah la..dengar cakap dia..biarla..dia yang bawak..kalau malu pun..dia..hihihi..

Sampai hospital dah pukul 9.30 malam. Gelabah gak la en asben nak drive pi hospital bila tengok saya menahan sakit..macam nak terberanak..hihi.. Masa daftar kat dewan bersalin ni, nurse cakap..kalau bukaan serviks besar..boleh bersalin kat sini tapi kalau bukaan kecik..diorang akan hantar ke hospital kajang.

Prosedur biasa..kena wat urine test, blood preasure dan juga CTG sekali lagi. Sungguh tidak selesanya menahan sakit contraction. Result daripada CTG menunjukkan graf kadar denyutan jantung baby tak cantik kata nurse kepada doktor. Doktor check bukaan serviks dah 6 cm. Terus doktor pecahkan air ketuban.

Bila air ketuban dah pecah, doktor cakap air ketuban dah tukar kaler..baby dah berak kat dalam. Ya Allah! takutnya.. doktor cakap saya kena bersalin dalam tempoh sejam. Bila dengar baby dah berak kat dalam ni..saya dah terbayangkan nak kena bedah je.. adeh!

Terus saya dihantar ke labour room. Tengok jam masa ni pukul 10.05 malam. Kelam kabut gak nurse2 bertugas pasang itu pasang ini. Dalam kelam kabut tu..sempat gak saya ingatkan mereka yang suami saya ada kat luar. Sabar ye puan, kita buat satu-satu..kata nurse..hihi..sorry nurse.. saya takut en asben terlepas lagi peluang tengok anak dia lahir. Masa bersalinkan Rania dulu..en asben tak sempat masuk. Nurse sibuk uruskan saya sampai lupa nak panggil en asben masuk..

Masuk je dalam labour room ni..saya menggigil kesejukan. sejuk giler.. lagi la plak pakai baju tak complete..hihi..tak tahan..sampai saya pegang2 baju doktor. Masa ni en asben belum masuk lagi. Kat labour room ni jugak nurse masukkan ubat untuk buang air besar. Nak cepatkan lagi proses bersalin katanya. Terus rasa nak buang air besar. Tapi nurse tak bagi saya pegi toilet. Dia suruh saya buang kat atas katil aje. Mungkin sebab takut saya terberanak kat dalam toilet kot. Adui la..malunya.. saya cakap saya tak selesa la nak buang atas katil. Takpe.. nurse kata..buang aje, dah biasa dah. Sempat lagi saya mintak mahap..sebab terpaksa buang atas katil..hihihi..sopan sungguh!

Habis je meneran buang air besar..terus je meneran anak kuar. Tak ingatla berapa kali saya teran baby kuar. Tapi yang pasti tak lebih daripada 5 kali tak kurang daripada 3 kali. Teka la sendiri..hihi.. Lega rasanya bila dengar bunyi suara baby nangis. Hah! dah selamat meneran la tu! en asben yang sedari tadi dok bagi kata2 semangat..membisikkan..dah selamat..sama macam Rayyan katanya. Oh! betulla doktor cakap masa scan 32 minggu tu. Hilang rasa sakit bila en asben kiss dan ucap terima kasih! terharu! huhuhu... Baru je cakap dlm hati sebelum tu tobat tak nak bersalin lagi..nampaknya..cancel la niat tadi..hihihi..

Alhamdulillah! baby boy seberat 3.38 kg selamat dilahirkan pada pukul 10.17 malam secara normal. Nasib baik tak kena bedah! (saya hanya tahu berat baby ni keesokan harinya. Terkejut gak! beratnya.. ingatkan tak sampai 3kg pun sebab masa 38 minggu doktor scan cakap berat baby 2.54 kg je)

Opps.. tak abis lagi cite.. lepas baby kuar.. ada lagi proses yg perlu saya lalui. Blum bleh lega sepenuhnya lagi. Lepas baby kuar.. kena godek2 lagi untuk kuarkan uri pulak. Pastu godek2 lagi..nak kuarkan darah beku plak.. adeh! tahankan aje la.. Pastu.. macam 2 kelahiran sebelum ni, kali ni jugak saya kena jahit kat bawah! Adeh! tak sanggupnye.. padah akibat angkat punggung! Tu la..mana nak perasan..yang penting nak kasi baby kuar je. Walaupun dibius tapi still juga rasa sakit bila jahitan yang terakhir. Dalam proses bersalin ni..rasanya part yang paling sakit ialah part kena jahit ni..selain sakit contraction. Moral of the story, kalau tak nak kena jahit..jangan angkat punggung! hihihi..

40 minit selepas melahirkannya..baru baby saya siap dibersihkan dan diserahkan kepada saya untuk disusukan. Memula tu baby tak pandai pun nak nenen. Siap kena bukakkan mulut dan masukkan nipple kat mulut dia baru dia nak start nenen. Pandai pun! Ye..perjalanan penyusuan susu ibu telah bermula..

Malam tu..kami tido kat dalam labour room aje.. memandangkan wad bersalin semua penuh! Takpela..asalkan ada tempat nak tido sudah! Tak kena halau balik..hihihi.. Keesokan harinya pukul 12.45 tengah hari baru kami berpindah masuk ke wad bersalin.

Alhamdulillah selesai sudah episod kehamilan dan pelahiran baby ke-3 ini. Segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan untuk saya melalui saat-saat mengandung dan melahirkan. Moga kesakitan yang dirasai merupakan kafarah kepada segala dosa-dosa saya. Moga Allah terus bagi kekuatan dan kesabaran untuk saya besarkan ketiga-tiga amanah yang diberikan ini..

Selamat bersalin kepada kawan2 yang bakal bersalin! Saya dah.. (hihihi..ala2 scha Al-Yahya dalam iklan)

6 comments:

Raisah @ echah said...

salam perkenalan...
seriau saya baca bab wad penuh kene ke kajang tu..huhu
saya pun tggu masa nak bersalin jugak ni. ingatnya nak gi putrajaya juga. kalau penuh, saya nak tggu juga kat situ agak2 diorang bagi tak? :) nama anak kita sama : Rayyan. :)

mamiraysha said...

Salam kenal..

Saya pun seriau gak baca notis yang terpampang kat kaunter hospital putrajaya masa tu..hihi.. en asben tak tau jalan nak ke sana. Kalau nak bersalin kat situ gak..kena pegi time dah nak bersalin..hihi..gerenti dia tak tolak..tapi kena redha la kena tido dlm labour room mcm saya..hihi..

maMataufiQ said...

salam ukhwah....
sy pon ngah tggu ns nk bersalin..kalo bleh x nk kt hospital kajang,,,takut sbb member2 ckp layanan nurse kt sane x elok,,,ingat nk bersalin kt hospital serdang jer,,agak2 boleh x erk...sbb kalo kt hospital putrajaya kena book dulu...

mamiraysha said...

Salam ukhuwah Areda,

Ye ke hospital kajang camtu? Nasib baik tak kena pi sana :-) Areda check up antenatal kat mana? Saya ari tu tak payah booking pun hospital putrajaya. Tak tau la kalau mungkin sbb saya check up kat klinik kesihatan putrajaya. Kalau dah nak terbersalin sangat..tak kan dia nak tolak kot bila kita dtg hospital tu ye tak?

radekamn said...

assalamualaikum

saya dlu pun almost nak kne transfer kat hospital kajang xp disbbkan rumah parents sy kat sg.buloh n bukaan cm pun bru 1 cm maka sy trus g ke hospital sg. buloh...he2

Enna said...

Salam..saya sedang menunggu hari juga ni...jadi saje2 baca pengalaman bersalin.. byk jugak tips dan bolehlah imagine keadaan hospital dan LR.. ni anak first so mmg xde pengalaman lah kan...

kalau rajin, bolehlah singgah di blog saya www.annurannacouture.blogspot.com