Check it out!

Thursday, July 12, 2012

Bila anak menegur..

Tadi Rayyan datang kat mummy sambil menghulurkan spender dan seluarnya suruh mummy betulkan. Mummy cakapla kat dia, "kan dah betul ni, pakai je la sendiri."
Rayyan jawab, " Mummy kenapa marah marah? cakapla elok-elok.." (Rayyan menegur dengan nada lembut dan slow)
Aduh! kena se das! terkedu mummy seketika bila kena tegur begitu.
Hilang terus perasaan marah mummy terhadap perangai mengada-ngada dia lalu mummy pakaikannya spender dan seluar yang dihajati.

Sekarang ni memang mummy kena berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan mummy sebab ada tukang tengok, tukang tiru dan juga tukang tegur..hihihi. 


Akibat banyak sangat cakap!

Mummy kena buat apa yang mummy suruh mereka buat. Mummy tak boleh cakap juga apa yang mummy suruh mereka jangan cakap.

Tempoh hari, Rayyan suka cakap perkataan bon**t.
Mummy tegur, " jangan cakap bon**t, tak sopan."
Rayyan jawab, "mummy, cakap bon**t tak sopan?"
Mummy cakap balik, "ishk, kan mummy cakap, jangan sebut, tak sopan."
So, Rayyan dan Rania telah mengetahui bahawa sebut perkataan bon**t tak sopan.
Pernah satu ketika, mereka main simbah-simbah air dalam toilet. Habis terkena mummy. Mummy marah, " Tengok! habis bon**t mummy basah!"
Rayyan tegur, " mummy tak sopan!"
Mummy jawab, " maaf, mummy tak sengaja. habis punggung mummy basah!"
Rayyan dan Rania akan menegur mummy tiap kali mummy tercakap perkataan tak sopan tu.
Wah! dah macam nak menegakkan keadilan dah ni!
 Sehinggakan mummy sebut perkataan kontot pun tetiba kedengaran Rania menegur, "mummy tak opan!"
Aik? bila masa pulak mummy sebut perkataan tak sopan. Oh mesti dia ingat perkataan kontot yang mummy sebut tu bon**t..hihi.
Mummy jelaskan, " Rania, mummy bukan sebut bon**t. Mummy sebut kontot. kontot tu maknanya pendek, tak panjang." Hah! ambik penerangan ringkas dari mummy.
Terima kasih anak-anak kerana menegur mummy.
Teguran kalian menyedarkan mummy bahawa mummy is not always right! hhihihi..
Buat mummy sedar yang mummy cakap kena serupa bikin!
Mummy nak anak-anak cakap elok-elok.. mummy kena cakap elok-elok juga
Mummy nak anak-anak sopan.. mummy kena sopan juga
Mummy nak anak-anak sabar tak marah-marah.. mummy kena sabar tak marah-marah juga
Mummy nak anak-anak mengakui kesalahan.. mummy kena mengakui kesalahan juga
Mummy nak anak-anak baik.. mummy kena baik juga

No comments: