Buat pertama kalinya semalam, Rayyan dan Rania dibawa ke gelanggang badminton. Biasanya daddy pergi seorang. Tapi semalam mummy pun joint sekali atas ajakan daddy. Lama sudah mummy tak pegang raket. Kali terakhir rasanya awal tahun 2010, mewakili INSPEN semasa sukan Majlis Institusi Latihan dan Penyelidikan Bangi (MILPB). Bulan 9, 2010 pulak mummy dah start pregnenkan Razin. Nampaknya dah lebih 2 tahun mummy tak menceburkan diri dalam bidang sukan badminton ni..hihi.
Rayyan dan Rania sangat enjoy bermain di sini walaupun permainan badminton mereka agak di luar kebiasaan. Mummy lempar bulu tangkis, dia akan pukul dengan raket. Pastu mummy kutip balik bulu tangkis tu dan lempar lagi. Dia pukul lagi. Kadang-kadang kena dan kadang-kadang tak kena..hihi. Begitulah seterusnya sampai mummy rasa penat. Huh! memang penat! Opps lupa nak cerita, permainan kami ini di luar gelanggang. Dalam gelanggang, daddy dan kawan-kawannya sedang bermain.
Daddy merelakan raket yang baru dibelinya untuk Rayyan guna. Mummy agak was-was nak relakan raket mummy untuk Rayyan guna pada awalnya. Tapi ternyata Rayyan boleh pegang raket dan pukul bulu tangkis, bukan lantai! selamat.. Bila dapat pukul bulu tangkis tu, dia akan cakap, " Mummy, Rayyan dapat terima!"
Mummy jawab, " Rayyan hebatlah!" hehehe.. mummy memang suka bagi kata pujian kat anak walaupun mummy tahu tak sehebat mana pun.. mummy lagi hebat..kihkihkih. Bila kena puji, makin membara la semangatnya nak bermain lagi.
Peringkat permulaan, biarlah Rayyan main badminton macam ni ye nak. Kita training pukul bulu tangkis dulu. Nanti dah terer boleh masuk gelanggang pulak..
Nota :
Mummy dapat juga melepaskan rindu bermain badminton. Stroke pun stroke la. Sekarang ni mummy sedang mengalami sakit-sakit badan akibat tidak melakukan pemanasan badan secara sempurna sebelum bermain. Adeh!
No comments:
Post a Comment