Check it out!

Tuesday, July 3, 2012

Pengalaman temuduga : Pegawai Penilaian W41

Alhamdulillah! 
Sangat lega. Sampai juga akhirnya tarikh 3.7.2012 ni setelah ternanti-nanti dengan penuh debaran di hati..hihi..
Selagi tak ditemuduga selagi tu la dok tertanya-tanya apakah yang bakal ditanya oleh si penemuduga. Selagi tu la dok selak sana selak sini (buku rujukan ye). Google sana google sini mencari tahu setiap jawapan bagi setiap persoalan yang terlintas di fikiran. Sampai "azzurri" dan "la roja" pun saya google nak tahu maknanya.. kot kot penemuduga nak tanya..hihihi. Demam EURO 2012 la katakan.

Ada hikmahnya sebenarnya dipanggil temuduga ni. Daripada tak tahu sangat perkembangan semasa.. jadi tahu la pulak. Setiap hari mesti nak baca surat khabar dan dengar berita supaya dapat update info dan isu semasa. Sebelum ni, NKRA dan GTP tu ibarat angin lalu je kat telinga ni. Tapi penangan temuduga ni, saya jadi tahu dan faham apa itu NKRA dan GTP dan juga Strategi Lautan Biru. Ada sesiapa nak tahu? Meh saya jelaskan. Amboi!

Sebenarnya bukan itu tujuan entry ini. Saya sebenarnya nak kongsi pengalaman saya menghadiri temuduga hari ini.




Temuduga jawatan Pegawai Penilaian ini telah berlangsung sejak 26.6.2012 dan akan berakhir pada 5.7.2012 nanti. Tak banyak kekosongan, hanya 9 dan 20 lagi calon simpanan. Calon yang dipanggil temuduga hanya 242 orang daripada 4417 yang memohon. Saya difahamkan, calon yang mendapat CGPA 3.3 ke atas sahaja yang dipanggil untuk menjalani sesi temuduga ini. Nampaknya, saingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. Adik-adik yang masih belajar di universiti tu memang kena bertungkus-lumus study bagi mendapatkan CGPA yang bagus supaya mendapat peluang menghadiri temuduga.

Sebentar tadi, saya telah ditemuduga oleh 2 orang panel temuduga. Seorang wakil daripada SPA dan seorang lagi wakil daripada JPPH. Soalan temuduga saya hari ini:

1. Mengapa Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal?
2. Nyatakan kaedah-kaedah penilaian.
3. Apakah perbezaan antara Harga, Nilai dan Kos?
4. Mengapa terdapat nilai hartanah lebih rendah berbanding harga dan kos?
5. Terdapat berapa kaedah dalam kaedah baki?
6. Apakah gambaran yang anda boleh lihat di Stesyen Minyak? Apakah aktiviti-aktiviti yang berlaku di sana?
7. Jika sesebuah Stesyen Minyak terlibat dengan Pengambilan Tanah, nyatakan orang berkepentingan yang mungkin terlibat.
8. Apakah cadangan anda untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan JPPH?
9. Anda sayang dengan JPPH? (soalan ni dituju kepada staf JPPH aje mungkin)

Wah.. banyak juga rupanya soalan wakil JPPH kepada saya. Wakil SPA pula tak banyak tanya sangat. Lebih kurang ini pertanyaannya:

10. Sebelum bertugas di INSPEN, anda bertugas di mana?
11. Jika dihantar berkhidmat di Sabah atau Sarawak, anda terima?
12. Anda belajar sambil bekerja, tidak tertekankah?
13. Ada apa-apa soalan yang hendak ditanya? (sebelum beliau mengakhiri sesi temuduga)

Selesai sudah tugas saya berkongsi dengan anda semua. Sekarang, tugas anda.. tolong doakan yang terbaik buat saya! hihihi..

Yeah! seronoknya dah hilang tekanan.. (Rayyan melompat bagi pihak mummy) . Buruk pulak rupanya kalau gambar mummy sedang melompat ditempek di sini..hihi..

4 comments:

Rashila In Da house said...

Hehe..ila pon kena soalan lebih kurang sama jugak...sebelum ni beria baca KPI, 1 Malaysia, rukun negara..mcm2 lagi..last2 soklan semua straight forward dalam bidang harta tanah..lega kan..ila interview kat Alor Setar 26.6.2012
Salam perkenalan

Anonymous said...

Bagaimana result interview...kan dah kuar....nak taukk...awak dapat sabah or sarawak.?

mamiraysha said...

Jeng..jeng..jeng.. nantikan entry terbaru dari saya pasal result interview ni..hahaha.. jangan marah!

nisa said...

salam, sis saya akan hadir interview utk jawatan ni pd 21 nov 2012 di majlis perbandaran klang. boleh x kongsi tips apa yg perlu dibaca sebagai persediaan. utk pengetahuan sis, saya bukan dlm bidang ni, ttp dari bidang ukur bangunan. sis mmg dari bidang pengurusan hartanah ke?