Check it out!

Friday, January 10, 2014

Tahun baru dah menjelma, tahun lepas macam mana?

Dah hari ke sepuluh dah kita berada di tahun 2014.
Baru hari ni saya ada mood nak buat entry pertama tahun ni..huhuhu..
Maaf, kalau ada yang dah lama ternanti-nanti entry terbaru saya.
Bukan perasan macam glamour je.. macam popular je..
Tapi saya seorang yang positif..hehehe..

Biasalah.. masuk tahun baru..
Kalau tak semua pun, ramai orang semat azam baru di hati.
Tak terkecuali saya. 
Ada juga yang berpendapat, "Alah, tak gunapun ko buat azam baru setiap tahun baru. Bukan ko capai pun."
Ayark! Rasa macam nak bagi kaki buku motivasi je kat orang yang cakap ni.
Bagi saya, tak salah pun buat azam baru. It's free. Tak kena bayar pun. At least, dia ada niat nak berubah. Ada niat nak capai yang lebih baik. Capai tak capai tu belakang kira. Yang penting dia ada misi dan visi untuk dicapai. 

Post mortem sedikit azam tahun 2013. Sebelum tu kena review dulu
Klik sini untuk baca azam 2013 saya.

Dengan ini, saya isytiharkan azam saya untuk tahun 2013 tak tercapai langsung. KPI tak tercapai. Berapakah markah prestasi saya agaknya ek?
Sasaran untuk post 120 entry tahun lepas tak tercapai langsung. Sangat jauh dari jangkauan. Hanya 32 entry je yang termampu diterbitkan. Lagi kurang dari jumlah entry tahun sebelumnya. Ibaratnya, kalau lari 100 meter, saya hanya setakat dapat lari 27 meter je. Dah semput..huhu. 

Sasaran untuk mendapatkan follower seramai 250 orang pun tak tercapai.
Hanya 180 orang je yang sudi jadi follower saya. Namun begitu, terima kasih ye. Andalah dalam kalangan 180 orang yang bertuah mengenali diri ini...hahaha..

Walau bagaimanapun, azam nak cash out RM100 dari tabung Nuffnang tahun lepas, tercapai jugak. Alhamdulillah! Boleh top up tabung lego land anak-anak.  

Sungguhpun prestasi tahun lepas sangat buruk, ia tidak menghalang saya untuk buat azam baru. Azam saya tahun 2014 ni:

Saya renew balik azam tahun 2013 dulu!

120 entry setahun
250 orang follower
RM100 tabung nuffnang

Sekian.
Semoga azam baru ini tercapai!
Kalau tak.........
Saya renew lagi tahun depan.
Dah macam road tax dah...hahaha..

No comments: