Check it out!

Sunday, January 19, 2014

Takut Bini

Alkisah berlaku dalam lif bangunan pejabat tempat saya bertugas.

Semasa saya masuk ke dalam perut lif suatu hari dalam minggu lepas, ada 3 orang lelaki sedang berbual.

Lelaki A : Mana Adam? (bukan nama sebenar)
Lelaki B : Dia pergi ambik bini dia dekat kolej. Dia kan takut bini..
Lelaki A : (meneruskan perbualan mereka berkenaan kolej pulak. Tiada lagi cerita bini. Lagi pun tak masuk dah dalam kepala saya ni cerita yang seterusnya kerana dah tangkap keyword takut bini tadi..hehehe.. sesuai nak buat topik entry nih!)

Semasa saya mendengar kata-kata lelaki B tu, saya tersenyum je. Rasa macam nak menyampuk.. " Bukan takut bini.. tapi bini tak takut kat dia.."
Tapi nasib baik saya sedar diri. Tak sopan pulak nak menyampuk.
Saya bukan kenal sangat pun dengan mereka..hahaha..

Tapi betul ke statement lelaki B tu?
Ambik bini kat kolej je kot? Tak kan dah isytihar sebagai takut bini.
Itu bukan namanya sayang bini ke?
Alahai.. orang lelaki..
Janganlah salah tafsir sayang seorang lelaki sebagai takut akan bini. 
Tapi saya tak kenal pun Adam bukan nama sebenar tu. Mungkin mereka lebih mengenali. Mungkin ye atau mungkin tidak si Adam bukan nama sebenar tu takut bini.

Teringat pulak saya satu cerita ni..(dipetik dari majalah mastika - diolah semula ikut bahasa saya sendiri sebab mana nak ingat setiap bait ayat dalam majalah tu..huhuhu.. Ada gak yang saya tokok tambah sesedap rasa..hehe..)

Pada zaman dahulu kala, ada seorang raja yang sangat bengis. Semua rakyat jelata takut akan baginda. Walau bagaimanapun, dalam pada bengis itu, raja ini ada kelemahannya. Baginda takut akan permaisuri iaitu isteri baginda sendiri. Mungkin sebab itu baginda bengis pada rakyat jelata. Nak hilangkan stress le tuh! (Hah! jika anda berhadapan dengan bos garang di luar sana, mungkin beliau juga takut bini..hihihi.. Ops.. gurau je uolls.. kang ada laks bos-bos garang tu tunggu i kat simpang! peace yo bos!)

Pada suatu hari, baginda mendapat idea untuk meminta tips 'bagaimana cara tak nak takut kat bini' daripada rakyat jelata baginda. Buntu dah fikiran memikir seorang diri. Tak tahan gamaknya hidup dalam ketakutan. Baginda pun menganjurkan satu majlis keramaian atau dalam bahasa mudahnya, majlis makan-makan dan menjemput semua rakyat jelata seluruh pelosok negeri jajahan baginda untuk hadir ke majlis tersebut. 

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Majlis dianjurkan dengan meriahnya. Rakyat jelata datang berbondong-bondong, kecik besar tua muda lelaki perempuan tak terkecuali. Siapa tak nak.. makan free..

Setelah pasti kesemua rakyat jelata telah kekenyangan, baginda mengarahkan semua kaum hawa dan kanak-kanak meninggalkan majlis. Hanya kaum adam sahaja yang perlu tinggal. Kiranya majlis selanjutnya ini adalah men's talk uolls. 

Baginda lalu bertintah kepada lelaki-lelaki di hadapan baginda. " Wahai rakyat jelata beta sekalian, siapa antara kalian yang takut bini, sila berkumpul di sebelah kanan beta. Manakala sebaliknya, stay! (amboi speaking lak raja ni) maksud beta, tetap di sebelah kiri beta ni."

Maka, tanpa melengahkan masa, semua hadirin berkejaran ke sebelah kanan baginda kecuali seorang yang masih stay sambil memeluk sebatang tiang.

"Aik? punyalah ramai rakyat beta yang takut bini? Nampaknya bukan beta seorang saja yang takut bini rupanya. Wabak apakah ini? Atau ini penyakit keturunan?" Bisik raja di dalam hati. Terkejut dengan senario yang berada di depan mata baginda.

Namun begitu, hati baginda berbunga harapan bila melihat masih ada seorang yang tak takut bini dalam kalangan sekelian rakyat negeri baginda. " Yes! ada can beta dapat ilmu tak takut bini hari ni!" Bisik baginda di dalam hati.

" Wahai saudara, ke mari menghadap beta!" Titah raja kepada satu-satunya lelaki yang berada dalam kawasan 'tak takut bini punya orang'.

" Tuanku la ke mari, ke tempat patik." Jawab lelaki tersebut.

" Eh! kamu la ke mari menghadap beta." Balas raja.

" Tuanku la ke mari." Jawab lelaki itu lagi. Enggan berganjak dari keputusannya.

" Hei! Aku kan raja kamu. Kamu yang kena ke mari." Jawab raja pula. Sudah mula berang dengan perangai lelaki yang satu itu. Main-main eh dengan raja.

" Tuanku la ke mari." Jawab lelaki itu lagi. Degil sungguhla dia ni.

Malas nak berlengah-lengah lagi, raja pun turutkan aje la permintaan lelaki tu. " Takpe.. takpe.. sabar! ilmu punya pasal, biar beta pergi." Bisik raja di dalam hati lalu mencemar duli ke tempat lelaki tadi. 

Sesampai sahaja di hadapan lelaki tadi, baginda pun bertitah, " Apakah rahsia sebenar kamu tidak takut bini?"

" Err.. sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut bini." Jawab lelaki tadi dengan rasa takut-takut.

" Bukan ke tadi beta dah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta? Kenapa kamu engkar perintah beta?" Marah betul raja. Punah harapan baginda yang dah mula berputik tadi.

" Sebenarnya tuanku, isteri patik telah berpesan kepada patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang jemput patik, tuanku. Patik kena balik sama-sama dengan dia tuanku." Jelas lelaki tadi jujur sejujur-jujurnya.

Mendengar penjelasan itu, baginda hampir tergelak. Namun baginda kena juga jaga standard raja-raja dan buat-buat murka lalu menitahkan pengawal supaya menangkap lelaki tadi dan dihukum penjara kerana menipu raja!

Teng..teng..teng.. sekian al-kisah si raja takut bini.

Kenapa ye ada suami yang takut bini? Garang sangatkah bininya itu? Bini-biniku gangster kot. Ehm.. susah jugak nak cakap. Kadang-kadang orang salah tafsir. Tolong isteri buat kerja rumah sebagai takut bini. Minta pendapat bini pun kena cop takut bini. Macam tu jugak bila kena hantar dan jemput bini, dikatakan takut bini. Saya rasa ini sayang bini. Siapa tak sayang bini oii.. (petikan daripada cerita P. Ramlee dan Sebenarnya Saya Isteri Dia).

Saya ada sedikit tips tak nak takut bini untuk raja:

Sebenarnya tuanku, susah kita nak ubah orang. Yang senang, kita yang kena berubah. Berubah di sini bermaksud kita ubah pemikiran dan perspektif kita. Jangan fikir tuanku takut bini, fikirlah sebaliknya, tuanku sayang akan bini tuanku. Tuanku kena terima dia seadanya, baik dan buruknya kerana dia telah dijodohkan dengan tuanku. Dia sayang tuanku lebihlah tu. Bertuah tuanku. Allah ciptakan kita berpasang-pasangan dan saling lengkap melengkapi. Apa yang tuanku kurang, dia cukupkan. Apa yang dia kurang, tuanku cukupkan. Sebenarnya Allah takdirkan dia yang terbaik buat tuanku dan sesuai dengan tuanku. 

Tips untuk permaisuri pulak:

"Syurga isteri di bawah tapak kaki suami."

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: 
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)


Sila baca ini : Pesanan untuk para isteri


2 comments:

Fadhil said...

Saya tak takut bini tapi saya sayang dan hormat bini saya. :D

mamiraysha said...

Begitulah selayaknya..