Check it out!

Friday, February 14, 2014

Vacation : Cameron Highlands Day 3

Sambung balik entry bersiri bercuti di Cameron Highlands.
Episod 3! ye.. episod akhir ni kawan-kawan.
Lama bebenor la nak settle cerita ni.
Ibarat kata.. kalau masa turun Cameron ari tu bawak balik buah strawberi dan tak makan strawberi tu, mahu dah tumbuh pokok dah..hahaha..

Hari ke-3 kami dimulakan dengan sarapan dan packing barang-barang. Siap-siap untuk balik dah. Kami check-out lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Datang ikut Simpang Pulai, balik pun kami ikut jalan yang sama.
Fuh! tak jauh je kereta gerak, jalan dah mula sesak.
Apsal la semua orang keluar serentak ni..huhuhu.

Rupanya kesesakan adalah disebabkan ramai orang berhenti singgah kat kedai-kedai borong di situ. Kami turut singgah juga. Saje menyumbang lagi kesesakan yang ada..hehe..
Boleh tahan juga murah.. tapi sayang.. saya tak sempat shopping strawberi di sini.
Akibat khusyuk sangat memilih baju, saya ditinggalkan keseorangan.
Paling bijak, boleh pulak saya tak bawak handphone. Dalam beg yang ditinggalkan bawah jagaan encik asben yang menjaga anak-anak di kedai makan.
Bila sampai semula di tempat berkumpul, geng-geng shopping tak balik lagi.
Tapi saya tak tahu mereka pergi mana.
Tahu-tahu masing-masing bawak balik beg plastik..huhu..
Tayang pulak strawberi murah. Adeh! terkilan pulak mula menjelma..

Takpe.. ada satu lagi destinasi.
Agak lama juga kami di kedai-kedai borong tu. 
Destinasi seterusnya, kami ke Lavender Garden. 
First time saya ke sini.
Bayaran tiket masuk ialah RM5 satu kepala untuk dewasa ye.
Saya tak pasti pulak adakah tak perlu bayar kalau kita datang tak bawak kepala..haha
Kanak-kanak 5 - 12 tahun RM3.

Matlamat ke sini ialah nak petik buah strawberi sendiri!
Saje nak bagi anak-anak happy.
Tapi nampak lagi happy atok anak-anak ni..hehe..
Penuh sebakul stawberi dipetiknya!

Anak-anak ni maknya bagi catuan.
Lagi banyak petik..lagi baaanyak pulak kena bayar..hehe..
Minimum 200 gram RM10.00 harganya.

Harganya agak mahal berbanding beli kat pasar malam.
Tapi pengalaman petik buah strawberi memang tak boleh beli kat pasar malam kan?
Tu yang kena catu tu..hehe..

Secara keseluruhannya.. best jugak la tempat ni.
Selain strawberi, landskapnya juga cantik-cantik..
Siapa suka posing-posing tu, anda pasti puas hati di sini!
Berbaloi la bayar RM5 tu..


Ada la sejam dua kami habiskan masa di Taman Lavender ni.. sebelum bergerak pulang.
Singgah jap makan besar kat Ipoh sebelum kami berpisah dengan adik yang akan pulang ke penang.

Tak sempat nak ambil gambar lauk-pauk..hehe.. sempat snap sikit je.. lapar weh..

Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 11 malam. Destinasi saya dah sampai tapi tidak bagi ahli rombongan yang lain. Hanya saya dan anak-anak yang diturunkan sementara encik asben dan yang lain-lain meneruskan perjalanan ke Tangkak. Tido la kami 4 beranak di rumah sementara daddy tido di kampung. Tak larat dah nak drive balik.

Sekian sahaja. Habis juga cerita ni akhirnya. Seronok dapat habiskan masa dengan keluarga bercuti-cuti Malaysia. Next destination? Tunggu tahun depan update ye.. in sha Allah.

Tak sabar rasanya nak abadikan gambar-gambar percutian ni dalam photo book special edition! Tapi ntah bila la siap agaknya.. tak sempat lagi nak pilih dan edit gambar-gambar menarik di sana!

5 comments:

Sop said...

wah.. best nyer g cameron
lama kami xgi sana
nak rancang juga nanti :)

mamiraysha said...

Kalau rancang nak pergi, rancanglah pergi antara bulan Januari hingga April. Bulan ni sesuai untuk pergi sana. Maklumat yang saya dapat dalam sebuah blog yang menulis pasal cameron ni la.

Semoga anda dapat percutian yang menyeronokkan!

mama_saly said...

owh....cameron highland..teringat masa sy mula2 sampai 5 thn lps..rinduny bila tengok gambar2 tu..hehe best kan.. tp lavender garden tu sy mmg tk smpat pergi..ruginya..cantik..

Kesuma Angsana said...

lama x kesini.. satu je.. sejuk di CH ni dah sama sejuk2 dulu2 lah !

Anonymous said...

Happy family... haha. nt ada masa ajak sy annymous nak join klu xkeberatan. haha.