Check it out!

Sunday, February 16, 2014

Make over ke mak yang over?

Mummy masih segar-bugar pada dinihari ini.
Baru lepas kemas rumah dan mop lantai.
Beginilah rutin hampir setiap malam atau awal pagi sejak daddy out-station.
Lama sungguh la 3 minggu nak berakhir.
Geng 3R berkerjasama adik-beradik menyepahkan rumah, menumpahkan air dan memberi makan lantai. Setiap hari!
Kalau daddy ada, sorang jadi pemantau, dan sorang lagi boleh buat kerja lain.

Hari ni je, sebungkus biskut tiger seberat 175g boleh habis.
Bukan masuk perut, tapi ke lantai, atas sofa, dalam poket baju, bawah sofa, atas karpet, bawah gelongsor dan dalam khemah pun ada.
Sebotol minyak gamat juga turut lingkup.
Dahlah tu, itu satu-satunya stok minyak gamat yang ada.
Nampaknya kena mintak daddy bawa pegi Langkawi nih!

Mummy ni bukanlah rajin sangat pun. Apatah lagi kemas-mengemas rumah ni.
Tapi ari ni, tetiba lak rasa nak buat make over sikit kat rumah.
Serius, sejak berumah tangga ni, mummy tak pernah menyusun atur perabot atau mendekorasi rumah. Semuanya daddy yang buat ikut suka dia. 
Mummy jenis tak cerewet. Tak kisah pun macam mana rupa rumah.
Janji boleh tinggal di dalamnya..hehe.. 

So, daddy tak ada 3 minggu ni.. Ini rumah saya yang punya! hehe.. takdelah..
Sebenarnya saje nak ubah pemandangan. Lagi satu kesian kat Geng 3R tu.. terperuk dalam rumah. Mummy dia malas nak bawak pegi taman permainan kat luar.
Takde la make over sangat pun. Mummy je yang over. Itu pun nak cerita..hehe..
Bukan apa.. first time! kena ada rekod..hehe.. bahan bukti!

Mummy cuma wujudkan taman permainan dalam rumah aje.
Tu pun kat ruang tamu. Nak khaskan satu bilik sebagai taman permainan mereka, bilik agak sempit. Sah-sah mereka akan main di luar jugak sebab boleh tengok tv.


Rumah kecik, ruang pun limited. Kena pandai manfaatkan ruang.
Playhouse tu, dah lama sebenarnya. 5 tahun usianya tahun ni. Hadiah birthday untuk Rayyan pada umur 1 tahun. Tak rugi beli untuk anak sulung.. manfaat untuk adik-adik sekali. Tu pun beli time offer. 

Sebelum ni, playhouse ni diletak bersebelahan dengan sofa yang menghadap tv.
Kemas gak susunatur yang daddy buat.
Tapi, daddy selalu terganggu dengan Geng 3R yang dok main-main kat situ sehingga menghalang tontonan tv. 

Maka, mummy alihkan tumpuan mereka bermain ke belakang sofa supaya mereka taklah menyepahkan mainan depan tv. Bolehlah mereka main playhouse tu tanpa halangan.
Mummy tambah lagi khemah untuk mereka bermain dalam tu.
Khemah ni pun dah lama. Lebih kurang 3 tahun jugak la usianya. Tapi tak pernah pasang dalam rumah. Biasanya pasang masa pegi picnic je.

Geng 3R sangat seronok dengan make over ini!
Mereka kata rumah baru! hehe..
Siap tanya lagi.."mummy siapa nak datang?"
" Ada orang nak datang ke mummy? "

Alah diorang ni.. kecik ati mummy..
nampak sangat yang mummy ni kemas rumah bila ada orang nak datang je..hehe,, 

Bila dah start mengemas macam ni.. tetiba lak mummy rasa nak pegi Ikea la pulak!
Juga nak pegi Nilai.. cari carpet or tikar baru..
Ni yang malas nak buat make over ni..
Mesti mummy akan over.. hehe..

Moral of the story:

1)  Anak-anak teruja dengan perubahan yang kita buat kat rumah walaupun tak besar mana. Mereka rasa mereka ada rumah baru.
2)  Kita memang tak boleh halang atau elak anak-anak dari bermain atau menyepahkan rumah. Oleh itu, kitalah yang kena disiplinkan mereka kat mana mereka boleh bermain dan sediakan mereka tempat bermain yang sesuai.

6 comments:

Rizziela said...

samalah..sy ni pun mak yg terlebih excited

diana said...

Bila persekitaran tu berbeza anak2 pun tak boring kan>>?

mama_saly said...

betol tu..bila kadang2 buat perubahan ok jgk...mata pun segar je..tengok suasana baru..hehe
sama la kita, ank2 mmg suka ya buat sepah2,nk marah pun tk sampai hati..kita yg spatutnya kena disiplinkn mereka kn...namanya budak2..hehe normal kan..:)

Cho Zila said...

over tau... tapi biasalah kitakan mula usik sikit rasa cam nak buat mbanyak lagi dan lagi .. syiok kalau anak2 suka...

Kesuma Angsana said...

jadi mak2 ni kdg2 kena over hehehe.. n3 tu segaya dgn style n3 KA ... happy blogging done follow sini juga

Fiza Rahman said...

Samalah mcm anak2 saya jugak. Kalau vacuum sofa tu, macam2 jumpa.

Bestnya. Ada gak sudut utk buat playground dlm umah. Nampak kemas jer.