Bagi ibu-ibu yang berniat untuk breastfeed baby..tips untuk membanyakkan susu ibu memang dicari. Begitu juga saya. Ini untuk memastikan bekalan untuk anak tersayang tidak terputus..kita juga tidak tertekan...
So, kat sini saya nak share sedikit sebanyak informasi yang saya jumpa berkenaan tips untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Tetapi untuk pengetahuan, penerimaan badan seseorang tidak sama dengan seseorang yang lain. Mungkin makanan x membanyakkan susu ibu A tetapi belum tentu makanan x juga membanyakkan susu ibu yang lain. So try and error la ye..hehe..
Tips 1 : Daun Sireh
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sireh. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Tips 2 : Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Tips 3 : Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (bagi saya kalau nak sedap..campurkan dengan gula merah atau gula batu)
Tips 4 : Lobak Putih
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
Tips 5 : Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Tips 6 : Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.
Tips 7 : Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
Tips 8 : Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintam hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan mium airnya.
Tips 9 : Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari
Tips 1-9 ini dipetik daripada majalah Pa&Ma edisi Februari 2009. Kalau rajin..cubalah! usaha tangga kejayaan! :-) Tapi kalau malas nak buat keje lebih..kini kat pasaran banyak gak produk dalam bentuk pil, softgel, teh, serbuk dan sebagainya yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Antaranya..
1) Pil ASI (Air Susu Ibu).
Berbentuk pil bulat-bulat kecil warna hitam. Sejenis jamu yang dikeluarkan oleh negara jiran, Indonesia. Harga dia RM20 untuk 1 pek yang mengandungi 300 biji pil. Makan 2 kali sehari, 5 biji pil untuk sekali makan.
2) Habbatussauda
Kat pasaran banyak gak jual produk habbatussauda ni.. tapi saya beli softgel keluaran HPA. Harga pasaran RM48 untuk 60 biji softgel.
3) Roselle
Saya penah gak terjumpa artikel yang menyatakan minuman Roselle juga bleh meningkatkan susu ibu.
4)Dan banyak lagi
Dan banyak lagi produk yang dijual di pasaran..ada yang berbentuk serbuk teh, serbuk soya dan sebagainya..tinggal bancuh je. Bleh didapati di kedai-kedai yang jual barangan baby..
Insyaallah kalau saya dapat lagi informasi tentang tips yang boleh menambahkan susu ibu ni..saya akan edit dan masukkan dalam post ni nanti ye..selamat mencuba!
4 comments:
tq for good sharing!
Salam..tumpang tya ye,mana nk dpt pil ASI 2?
info yang menarik dan in shaa Allah dpt membantu ibu2 yang kebuntuan dalam menghadapi masalah susu berkurang.tq
tq for sharing!
Post a Comment