Betul ke pernyataan ni? Anda setuju? Kat sini saya nak share pasal artikel yang saya tetiba jumpa plak. Padahal majalah Keluarga Harmoni ni keluaran 15-31 Disember 2009 lagi. Ari ni plak baru tertarik nak baca artikel ni bebetul. Sebelum ni malas nak baca..macam tak menarik je topik ni. Ari ni perasaan berbeza plak. Mungkin baru lepas mengalami stres kot..hehe..
Menurut artikel ni, wanita lebih senang diserang stres. Ini dirumuskan hasil daripada penelitian terbaru yang mendapati tingkat stres yang dialami wanita lebih tinggi berbanding lelaki sebab wanita dan lelaki ni melalui pengalaman yang berbeza. Gejala stres yang dialami oleh orang lelaki ni lebih cenderung kepada amarah, mudah emosi dan mudah berasa kecil hati. Manakala wanita plak lebih mudah untuk mengalami rasa putus asa atau tidak bersemangat dalam hidup. Lelaki dikatakan tidak mengalami suasana hati yang tertekan kerana mereka enggan mengakui kelemahan diri. Mereka lebih suka mencabar diri mereka dan berusaha memulihkan perasaan mereka berbanding membuatnya menjadi semakin hancur.
Ini berbeza dengan wanita yang dikatakan bukan saja tidak mampu menghilangkan perasaan stres tapi mereka juga tak mampu untuk mengendalikan stres yang dialami dengan baik. Wanita ni lebih cenderung untuk membuatkan diri mereka semakin terjerumus dengan masalah dan stres. Malah dikatakan juga bahawa kecenderungan wanita untuk membunuh diri akibat stres mencapai 4 kali ganda berbanding lelaki. (Hah, ni mesti kes wanita yang tak kuat iman..longgar pegangan agama la ni..nauzubillahiminzalik!)
Apakah punca wanita lebih stres berbanding lelaki?
1) Hormon adalah puncanya! Hormon estrogen yang terdapat dalam tubuh wanita menjadikan wanita cepat marah dan mengalami pertukaran mood serta emosi. Selain estrogen ni..hormon melatonin yang menyerang wanita 3 kali ganda berbanding lelaki juga boleh mengakibatkan stres pada wanita.
2) Kedatangan haid pada setiap bulan juga merubah emosi dan hormon dalam badan sehingga menjadikan wanita stres. Begitu juga bagi wanita yang baru melahirkan anak, keguguran dan monopaus.
3) Sikap wanita yang lebih mudah berasa khuatir dan bimbang berbanding lelaki membuatkan wanita ni lebih senang dilanda stres. Kebimbangan dan kekhuatiran yang sering dialami wanita dikaitkan dengan gangguan depresi.
4) Cara pemikiran wanita yang kognitif membuatkan mereka melihat kehidupan atau sesuatu peristiwa dengan terperinci. Sikap ini menjadikan mereka cenderung untuk tertekan sekiranya apa yang diharapkan atau diidamkan tidak menjadi kenyataan.
Oh..inilah puncanya ye! Walau bagaimanapun tekanan perlu di atasi. Jika tidak, ia akan merebak menjadi kemurungan, marah tak tentu pasal,putus asa dan paling teruk bleh sampai kepada jenayah seperti mendera anak, simbah asid, bunuh diri dan sebagainya.. Nauzubillahiminzalik.. ini tidak mustahil selagi syaitan itu wujud.. Dendamnya kepada anak cucu Adam takkan terpadam sehingga hari kiamat.. Jika iman tak kuat..dia akan mengisi kekosongan itu dengan hasutan dan godaannya sehingga kita tersesat dari jalan kebenaran..
Cara Atasi Stres
1) Antara yang disarankan oleh pakar motivasi untuk mengurangkan tekanan ini ialah dengan cara meluahkan apa yang terbuku dalam hati kepada orang lain. Tentunya orang yang boleh dipercayai..bukan orang yang akan memburukkan lagi keadaan. Setelah meluahkan perasaan ini..percayalah kita akan rasa lebih tenang..rasa macam hilang kalau tak semua pun, lebih daripada separuh tekanan yang kita hadapi.. Janganlah sayang bil telefon meningkat..atau prepaid habis..sanggup pendam perasaan..Meluahkan emosi terpendam dengan berbual, ketawa, menangis atau marah merupakan sebahagian daripada proses normal penyembuhan emosi.
2) Kalau masih tak boleh juga nak luahkan pada seseorang..luahkanlah dengan menulis apa yang terbuku di dada pada diari, buku catatan dan sebagainya..pada blog pun boleh.. Penelitian menunjukkan bahawa mengekspresikan perasaan ke dalam bentuk tulisan boleh menjadi teknik efektif dalam mengurangkan stres.
3) Melakukan aktiviti atau hobi yang menyenangkan juga sangat efektif untuk menenangkan diri dan fikiran kita. Lakukanla sesuatu yang bleh membuatkan kita leka dan seronok, yang mana secara tak langsung membantu kita melupakan segala stres yang melanda.
4) Melakukan olah raga secara teratur juga dikatakan mampu mengusir stres. Tak perlu la melakukan senaman berat..cukup sekadar berjogging, berjalan, berbasikal, aerobik, berenang dan sebagainya..
5) Tidur yang cukup dan teratur juga berguna untuk menghapuskan stres. So, jangan ragu-ragu untuk tidur. Kita akan rasa lebih tenang bila bangun tidur nanti..
6) Dan akhirnya, antara yang paling mujarab adalah..luahkanlah kepada yang menjadikan kita. Sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.. Kadang-kadang Allah sengaja menguji kita dengan tekanan ini agar kita kembali kepadanya.. Memohon kepadanya.. Mohonlah kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi setiap ujianNya.. Ingatlah..hanya dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang..
No comments:
Post a Comment