Check it out!

Wednesday, December 8, 2010

Football Match : Rayyan vs Rania

Lokasi : Pantai kat Kg. Sungai Ular, Gebeng (lagi 10 km nak sampai Cherating)
Tarikh : 5 Disember 2010
Aktiviti : Football match - Rayyan vs Rania
Pengadil : Syarifa Suziana (cik Cu)
Jurukamera : Mummy

Pemain paling kuat lari : Rayyan
Pemain paling kuat jerit : Rania
Pemain paling banyak tendang bola : Rayyan
Pemain paling banyak angkat bola : Rania
Pemenang : Rayyan
Pengalah : Rania

Punca kekalahan Rania: Pengadil cakap, banyak permainannya batal. Mana bleh main bola sepak angkat-angkat bola guna tangan.


Nampaknya Rania tersilap sukan. Mungkin dia ingat dia turun padang sebagai pemain bola tampar pantai..tapi rupa-rupanya bola sepak pantai..hehe.. Mungkin dia terkeliru dengan bola yang digunakan. So, tak bleh la nak salahkan dia 100%. Mungkin penganjur perlu bertanggungjawab atas masalah teknikal ini.hehe..

Rania jerit tak puas hati..penat dia kejar bola..tak sempat sampai..Rayyan dan tendang dulu..lagi la jauh bola tu..kena kejar lagi..huhu.. Mungkin sebab banyak sangat menjerit Rania kekurangan tenaga mengejar bola..yang menjadi faktor kekalahannya..

Punca kemenangan Rayyan : Larian pantas berbanding pihak lawan yang jalan pun terhuyung hayang..lagi la plak kalau lari. Tendangan padu akibat latihan yang banyak sangat..sejak dari dalam perut.


Dan tidak lupa juga minum susu sebotol sebelum mula perlawanan..hehe..


Mungkin juga sebab kadar konfiden yang tinggi menyebabkan Rayyan menang pertandingan ini. Sebelum lawan lagi dia dengan konfidennya bagitahu dia mampu menyumbat 6 gol untuk mengatasi pihak lawan..hehe..


Apa-apapun..tak kira la siapa yang menang..siapa yang menanggung kekalahan..yang penting semangat kesukanan yang tinggi tu kena ada. You are my stars my dear Rayyan n Rania..hehe..


Sekian ~ mamiraysha melaporkan untuk CCTV

1 comment:

cik mok cik mei said...

comelll ! rania mmg ayu. haha