Pernah tak pergi Klinik Kesihatan Putrajaya? Semalam first time saya pergi klinik ni. Maklumla dah jadi penduduk Putrajaya. Memandangkan tak pernah pergi, tertanya-tanya gak..camne la servis dia.. teruk ke tak? So..untuk dapatkan kepastian.. apa lagi.. search la internet.. maklumat kan di hujung jari! :-)
Terjumpala 1 laman web personal. Penulis menulis pengalamannya masa tahun 2009 kat klinik ni. Pengalaman yang membuatkan saya fikir banyak kali nak pergi klinik ni. Nak ke tak nak? Ramai gak yang memberi komen. Ada komen yang menyokong penulis dan cerita gak pengalaman buruk yang mereka pernah alami. Ada gak komen yang mengecam penulis tersebut. Ehm...
Akhirnya saya buat kesimpulan..pokok pangkalnya bagaimana diri individu tersebut menerima sesuatu keadaan itu. Kalau orang tu memang mengharapkan dia dilayan dengan bagus masa kat klinik kerajaan setanding layanan di klinik swasta yang tak ramai orang, makanya dia akan kecewa dan tertekan yang amat sangat kalau apa yang berlaku tidak seperti yang diharap dan dijangkakan.. Tapi kalau orang tu memang tak mengharapkan layanan first class, terima segala yang berlaku dengan adanya.. dah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, maka dia takkan rasa kecewa..walau tak bagus layanan yang diterima. Huh! dah rasa macam cikgu kaunseling sekolah menengah plak..hehe..
Apa-apapun..pesanan daripada pihak penaja.. jangan meletakkan harapan tinggi yang anda akan dilayan dengan secepat mungkin kat klinik kerajaan ye. Maklumla ramai sangat orang. Makanya kena la siap sedia makanan ke minuman ke bahan bacaan ke game ke dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang sementara sampai giliran. Tak pun, berborak je ngan akak2 atau makcik2 kat sebelah tu. Gerenti tak sedar pun masa berlalu.
Okeh, panjang betul mukadimah. Meh nak cite plak pengalaman sebenar di Klinik Kesihatan Putrajaya. Saya sampai kat klinik ni pukul 10 pagi. Lambat bertolak sebab tak pasti nak pergi ke tak nak..siap wat kajian dulu..hehe..akhirnya baru decide pergi je la. Canggih gak klinik ni. Ramai orang tu bukan sesuatu yang pelik la. Kalau tak ramai tu yang pelik. kan?
Memula sampai..parking kebetulan kosong seolah-olah mengalu-alukan kedatangan saya dan en asben waktu tu..hehe..tapi bukan parking yang rasmi. Parking tak rasmi di bahu jalan. So saya tak tahu la nak komen pasal parking kat sini..samada cukup ke tak. Yang pasti..saya dapat parking :-)
Masuk kat dalam klinik, pertama skali saya tuju dulu kaunter pertanyaan. maklumla first time. Mengikut arahan yang diberi, saya kena tekan angka giliran kat kaunter yang saya nak berurusan. Uiih..canggih. Macam kat pejabat pos dan bank plak. Lainla..tak macam klinik kesihatan yang selalu berurusan masa kat gombak dulu. Kat mesin angka giliran ni ada 2 butang plak. 1 untuk dengan temujanji dan 1 lagi tanpa temujanji. Dah dapat nombor yang berkenaan, kena la tunggu nombor dipanggil.
Dah sampai giliran, ada la interview skit oleh jururawat bertugas dan dia terus buatkan buku rekod rawatan. Kaum ibu mengenalinya sebagai buku merah. Yang ni pun lain gak dengan pengalaman di klinik sebelum ni. Biasanya first time datang..klinik biasanya akan bagi date appointment akan datang. Masa appointment tu nanti baru la ambik darah, air kencing, dan sebagainya. Dia tak terus buat buku merah ni.
Masa di kaunter pertama ni..nurse bagi siap2 buku merah, botol untuk simpan urine (1 je untuk sepanjang rawatan di sini), dan 1 kad kecik yang ada bar code untuk discan kat komputer. Setiap kaunter untuk sebarang urusan akan disediakan komputer dan scanner yang akan men'scan' kad ni. Perkara wajib yang perlu dilakukan bila sampai kat kaunter yang nak berurusan ialah men'scan'kan kad yang ada bar code ni. Bila scan, nama kita akan terpapar kat screen komputer yang membuktikan kita termasuk dalam senarai menunggu untuk berurusan di sini. Awas! jangan sampai terlupa nak scan kad ni. Alamatnya sampai ke petang la menunggu..nombor giliran tak dipanggil2 pun..
Lepas urusan di kaunter pertama selesai, saya kena pi toilet yang telah disediakan khas untuk preggy mummy..ambik urine dan bawanya kepada nurse yang sedia menunggu di luar toilet untuk di'test' dengan sekeping kertas panjang bagi menentukan kandungan gula dan albumin dalam air kencing. Prosedur biasa bagi preggy mummy setiap kali datang check-up kat klinik. Bleh la standby tisu untuk cover botol yang kita bawak. Botol yang dibekalkan ni transparent..so kalau tak cover, orang bleh la nampak kaler air kat dalam botol tu..hehe.. kalau anda jenis selamba..abaikan pesanan ini.
Urusan seterusnya..check gigi. Kat kaunter ni kena scan kad. Kalau tak scan..nombor tak kena panggil la ye. Jangan plak nak mengamuk kalau lama tunggu nombor tak dipanggil. Wat rugi je tenaga amukan tersebut..hihi.. Prosedur biasa, mesti ada sekali check gigi sepanjang tempoh mendapatkan khidmat check-up antenatal ni. Berbeza dengan pengalaman 2 anak yang lepas kat klinik lain, pemeriksaan gigi tak dibuat pada lawatan pertama. Kali ni, lawatan pertama dah kena check gigi. Pastu gigi ada masalah..terus doktor set appointment untuk dapatkan rawatan. Walaupun appointment yang diberi adalah pada 25/5/2011 nanti..at least ada gak la appointment yang disetkan. Seminggu sebelum tarikh due..huhu..harap-harap sempat la rawat gigi dulu ye..hehe.. Takde perasaan tak puas hati sebab lambatnya apointment date ni..sebab sebelum ni tak pernah dapat pun appointment date..biasala..selagi tak kronik malas la kot klinik gigi tu nak layan..hehe..
Selesai check gigi, kaunter seterusnya..ambik darah! Kena scan kad gak. Sebanyak 10ml darah kena ambik. Macam biasa..pejam mata pandang tempat lain la jawabnya. Sakit gak la walaupun dah biasa dengan prosedur ni. Paling best, tak perlu nak tunggu result darah ni kat sini. Kalau sebelum ni kat klinik lain, nurse ambik darah kat tempat lain..pastu kita kena bawa sendiri tabung darah tu ke makmal untuk dapatkan keputusan. Kena la tunggu sampai keputusan kuar. Kat sini plak tak perlu tunggu2..mereka ada sistem yang linkkan dari makmal terus ke komputer nurse yang berkenaan.
Lepas ambik darah..kena pegi ke 1 bilik lain untuk berjumpa dengan nurse yang berkenaan. Pun kena scan kad gak. Kat sini..nurse akan ambik timbangan berat badan dan tinggi dan juga tekanan darah serta mengira due date berdasarkan tarikh last period. Kalau pernah bersalin, biasanya dia akan minta rekod antenatal yang lepas (buku merah anak sebelumnya). Saya tak bawak pun. Ntah kat mana peginya buku tu..masa sibuk2 pindah rumah bulan lepas. Nasib baik nurse tak marah. Mungkin alasan munasabah. Tapi kita kena bagitahu rekod kelahiran lepas yang dia perlukan. Anak lahir tahun bila, berat berapa, jantina, jenis kelahiran, sebarang komplikasi yang dialami dan juga tempoh penyusuan susu ibu. Kalau ada rasa nak terhilangkan buku merah lepas bersalin, ibu-ibu sekelian kena la ingat rekod2 penting tu ye. Kalau tak..harus kena marah la..haha..
Memandangkan jam dah menunjukkan pukul 12 lebih tengah hari..prosedur seterusnya untuk berjumpa dengan doktor..ditangguhnya pada pukul 2.15 petang. Huh! mana la nak pegi sementara menunggu waktu tu. Apa lagi tipon la en asben yang telah meninggalkan isterinya ini sensorang untuk menyelesaikan tugas pejabat. Biasala..anak sulung komain setia menunggu bersama..dah nak anak 3 ni..beginila nasib..sorang2 je tunggu..huhu.. Makan time! tak tahu nak pi makan kat mana di sini. Saje malas nak tanya orang. Senang lagi call en asben..hehe.. Lebih rela tunggu en asben datang dari pi cari makan sendiri. Teruk betul kan.. rugi minyak kete je. Bukannya dekat. Nak wat camne..masa menekan butang call tu tak terfikir pun.. masa dok menunggu tu baru terfikir..hehe..
Lepas pi makan nun di Presint 2, sampai semula kat klinik ni pukul 2.05 petang. Terus scan kad pagi tadi kat kaunter terakhir berurusan pagi tadi. Sebelum pukul 2.30 petang dah dapat jumpa doktor. Reaksi pertama doktor, " Ai, ni dah besar kandungan ni?" (17 minggu). Alamak..nak kena marah ke ni? " Sebelum ni check kat swasta.." jawab jangan tak jawab..walaupun pi klinik swasta tu sekadar buat ultrasound je. " Fuhh! lega ingatkan nak kena marah tadi. Maklumla ada member kata kalau lambat buat buku merah ni nanti kena marah. Sebelum ni tak pernah lambat..dua bulan dah pegi wat appointment dah. Kali ni lambat pasal berpindah rumah..pulak cari buku merah lepas tak jumpa-jumpa..
Buat pertama kalinya check-up kat klinik kerajaan..doktor wat ultrasound kat kandungan. 2 anak sebelum ni kat klinik lain..tak pernah pun. Nak wat ultrasound terpaksa wat kat klinik swasta dengan caj RM40 atau RM35 sekali scan. Ehm.. kira puas hati gak la wat check-up antenatal kat Klinik Kesihatan Putrajaya ni.
Lastly, lepas jumpa doktor, kena lak pi kaunter farmasi untuk dapatkan ubat. Kena scan kad gak kat sini. Ubat biasa yang dibekalkan kepada ibu-ibu mengandung; obimin. Makan sebiji sehari. 2 anak sebelum ni, klinik bekalkan 3 jenis ubat, vitamin c, B complex dan zat besi..yang baunya..kuat..macam bau ubat(memang ubat pun)..nak makan pun malas. Kali ni best skit..takde bau ubat..sebiji je telan. Tak payah la i nak beli obimin sendiri kat klinik swasta.
Nasib baik kat farmasi tak ramai orang. Alangkah baiknya kalau nurse yang check tu sendiri bagi ubat ni macam kat klinik sebelum ni. Sama je ubat yang nak dibekalkan kat ibu-ibu mengandung ni. Jimat skit masa..tak payah nak tunggu giliran kat farmasi kan? Akhirnya..edisi lawatan kali ni berakhir sebelum pukul 3 petang. Apa-apapun..pengalaman sendiri ni takde la seteruk yang dikhabarkan dalam blog tersebut. Apa yang penting persepsi kita menerima sesuatu keadaan tu ye tak?
Tenang skit hati dah buat buku merah! Next appoitmnet sebulan lagi. Kepada mereka yang dah lama tak buat buku merah..jom joint the club! hehehe...
5 comments:
aiyoo makcik! pregnant lagi ka?
haha. TAHNIAH!
:)
kak, kalau duduk luar putrajaya boleh ke kita pergi check up kat situ?
Rasanya tak boleh. Dia akan mintak alamat dulu sebelum buat buku. Hanya alamat putrajaya je boleh. Kalau nak check up situ, awak kena bagi alamat putrajaya la.. :-)
salam...tumpang tanya, klinik kesihatan yang mamiraysha pegi ni dimana? presint brapa? saya ingatkan kalo untuk checkup ibu mengandung kena pegi klinik ibu dan anak,minta share ye..
Sy pon ada baca byk kisah2 negetip psl klinik kesihatan di putrajaya ni., betol kata u, samada negetip atau positip, itu cara org tu terima cmna.bg sy, klinik kesihatan putrajaya la servis yg plg bgus..sbb kalo nk dibandingkan dgn klinik2 kesihatan di kwsn2 kg, lg lerrr teruk servisnya haa.., so kita yg ada kt sini, setakat tunggu 1-2jam tu, perkara biasa...dh nama kliniki kerajaan, ramai org dtg kan...hehehehe....
sy skang pon tgh preg 5 bln..so, tiap2 bln ke klinik...di presint 11..servis mmg tip top....nurse n doc pon elok je layanan.... tqvm
#pengedar shaklee di putrajaya...free delivery ke sekitar putrajaya & kwsn berdekatan... boleh hubungi saya 0193121609(pn.sheetah). , ;)
Post a Comment