Encik asben outstation lagi! kali ni bukan kat pulau tapi kat kuari la pulak. Di kampung halamannya di Kuantan. Best la tu.. dapat dok kampung 2 minggu..
Kali ni en asben outstation dengan membawa anak-anak sekali. Terpaksa..sebab takde pengasuh sepanjang bulan 12 ni. Taska yang berhampiran tempat keje hanya terima masuk start tahun depan. So, buat sementara waktu..Rayyan dan Rania akan dijaga oleh my MIL n SIL. Sampai en asben abis bertugas. Pastu my mak akan datang ke Putrajaya untuk ambik alih tugas besannya menjaga cucu2 plak.
Beratnya hati nak berjauhan dengan anak-anak. First time berpisah dengan Rania. Tak penah Rania tido tanpa nenen kat sebelah. Sian anak mummy.. mesti tercari-cari nenen kan. Nenen pun tercari-cari gak Rania..huhu.. Ikutkan hati masa nak balik ke Putrajaya dari Kuantan ari selasa ari tu nak angkut je Rania balik sekali. Nak bawak je pi opis nanti. Lagi pun kat opis ni mummy dok sensorang je. Rakan sekerja yang sorang lagi bercuti seminggu. Tapi nak wat camne..daddy tak izinkan. Nasib baik masa mummy nak balik ari tu Rayyan dan Rania tak nangis. Kalau tak..gerenti mummy pun nangis sama. Rayyan ada gak cakap nak ikut masa mummy cium Rayyan..tapi bila mummy cakap tak boleh ikut..Rayyan dok ngan daddy kat sini..dok ngan cik cu..cik ca.. Rayyan cam paham plak..terus sambung main..tak peduli pun kat mummy lagi yang dah menonong pi kat kete. Yang si Rania plak..bleh plak babai babai kat mummy. Tak nangis langsung. Tapi muka tatak senyum la. Macam paham je mummy nak tinggal dia. Kalau la Rania nangis..memang tak sampai hati nak tinggal. Kena wat rundingan balik ngan en asben untuk bawak balik si kecik tu la jawabnya.
Sunyinya rumah tanpa en asben ngan anak-anak. Rindu ngan jeritan dan tangisan diorang. Larian kencang Rayyan tanpa break. Jalan terkedek-kedek Rania. Terngiang2 jugak panggilan "mummy o.. mummy" dan " fa o.. fa" dari Rayyan.. ahhh.. sunyinya hidup membujang ni.
Aduh.. rasanya macam mummy yang pergi outstation ni..bukan daddy. Takpe..esok mummy balik dari outstation ye anak-anak. Lepas je opis hour mummy terus drive balik kuantan ye. Pastu ari isnin mummy pi outstation balik. Pastu ari khamis plak mummy balik la kuantan balik. Hah pastu bleh la kita balik sama-sama ke Tangkak plak. Baki cuti tahun ni tinggal 3 ari.. so ambik cuti 2 ari..isnin dan jumaat..tinggal la 1 ari. Huh! terer betul la mummy rancang cuti tahunan. Ngam-ngam je hujung tahun abis..hehe..
Ok sekian edisi luahan perasaan. Nak layan perasaan jap..
Biar mummy je rindu kat kalian ye.. tak yah rindu-rindu kat mummy ni..
p/s : Tengah syok2 mummy menatap muka anak-anak mummy ni tetiba plak ex-pengasuh diorang ni tipon. Dia pun rindu sangat. Banyak barang2 Rayyan dan Rania tak ambik lagi. Tiap kali tengok barang-barang tu tiap kali tu jugak la dia teringat mereka. Mana tak teringatnya..dia jaga Rayyan sejak umur 2 bulan sampai la umur 2 thn 5 bulan dan Rania dari umur 2 bulan sampai setahun sebulan. Mummy faham perasaan pengasuh tu..lalu..air mata yang memang mummy tahan sejak mula menulis coretan ini akhirnya gugur jua.. tewas dengan perasaan tak sampai hati memisahkan rayyan dan rania dengan nenek...huwaaaaaaaa... tapi nak wat camne nak....anak2 mummy kena tahu.. bertemu dan berpisah adat manusia biasa..hilang di mata tapi di hati tidak lupa..
1 comment:
sedih3 ! :(
Post a Comment