Check it out!

Wednesday, March 16, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Pagi tadi.. bertempat di opis sebelah opis saya..berlaku perbualan ini:

Kawan : Akak dah tukar dah botol susu baby?
Mamiraysha : O..pasal botol susu polikarbonat yang kerajaan nak haramkan tu ke?
Kawan : A'ah
Mamiraysha : Akak memang dah pakai botol BPA free dah sebelum ni. Dah lama dah tahu pasal bahaya pakai botol susu biasa ni.
Kawan : Saya baru tahu kak. Abis semalam saya buang semua botol susu anak saya. Yang baru beli pun semua saya buang. Takut saya nak pakai..
Mamiraysha : Akak ingatkan ramai dah tahu dah pasal botol susu polikarbonat yang ada BPA ni. Rupanya ramai juga tak tahu ye..
Kawan : Saya tak tahu pun. Saya tengok botol-botol tu cantik je..saya beli la.. ada gambar kartun yang anak saya suka.
Mamiraysha : Botol BPA free ni takde la mahal sangat. Beza tak la keterlaluan sangat. Cuma kalau beli berjenama Nuby ke MAM ke Tommy Tippi ke Avent ke..mahal la sikit harganya. Ari tu akak beli botol BPA free jenama Pureen kat Mydin RM7.90 je harga dia.
Kawan : Saya nak cepat-cepat beli la kak. Lepas ni mesti botol susu BPA free ni naik harga..ye la permintaan dah meningkat..

Perbualan ni tercetus of course la lepas member saya ni terbaca artikel dalam surat khabar Berita Harian semalam. Kepada mereka yang belum terbaca lagi..kat sini saya copy pastekan artikel berkenaan yang saya petik dari http://www.bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my

Komen mamiraysha : Kalau betul botol susu polikarbonat (PC) mengandungi BPA yang boleh membahayakan kesihatan bayi..eloklah kerajaan tarik penjualannya secepat mungkin. Kesian kat ibu bapa yang tak tahu. Bila mereka tengok ada jual kat kedai..mereka pun beli. Kalau takde..of course la mereka akan beli apa yang ada..

2 comments:

shahiEd said...

salam kak..nak tny, macamana yer nak bezakan botol susu yg mengandungi BPA dgn yg BPA free? boleh x akak share gmbr botol yg BPA free ni?agak tkjut jgk dgn berita ni, walaupn kte xde baby lagi, n xkawen lagi, cuma nk tahu la mcmn nk bezakan..boleh gak pass in4 ni ngn kwn2 n para ibu...thanks akak..

mamiraysha said...

Salam shaiEd..

Botol susu yang BPA free biasanya syarikat tu akan maklumkan itu BPA free sama ada dia print kat botol ataupun kat kertas iringan. Lagi 1 nak kenal, botol BPA free kat bawah botol tu ada segitiga bertulis PP 5. Kalau botol Polikarbonat yang ada BPA ni, kat segitiga bawah botol tertulis PC 3. Insya-Allah nanti akak uploadkan gambarnya..