Check it out!

Friday, June 17, 2011

Bayi kurang buang air besar : Normalkah?

Berbeza dengan abang dan kakaknya, baby Razin sekarang ni kurang buang air besar. Tak macam baru2 lahir dulu. 3 hari sekali baru dia buang air besar la ni. Kesian gak tengok dia meneran-neran sampai muka merah.. Teringat plak memori mummy masa menerankan dia dulu..hihi..macam sama plak..

Mummy pelik jugak.. Razin memang fully breastfeeding. Tak mungkinla dia sembelit. Kalau minum susu formula mungkin la jugak. Mummy salah makan ke? Rasanya menu mummy hari2 memang ada sayur sawi rebus. Tak cukup sawi, buah epal pun mummy makan. Air memang mummy minum banyak2 walaupun atok Razin tak bagi minum air banyak..takut kembang katanya. Oh! takut mummy kalau sembelit akibat kurang minum air..kembang pun kembangla..(harap2 tak la)

Walaupun 3 hari sekali Razin buang air besar.. najis Razin mummy tengok cair je. Takde la keras mana pun. Apsal la susah plak dia nak kuar kan? ishk..risau gak mummy. Ada masalah penghadamankah Razin? Buang air kecil ok..banyak..ye la kuat menyusu. Terkentut-kentut je banyak kali..buang air besarnya jarang sekali.

Kebetulan nurse datang rumah tadi. Lawatan ke rumah untuk kali ke-3. Mummy tanyala pada nurse tadi pasal masalah Razin ni. Dia kata..normal kalau 4,5 hari tak buang air besar. Tapi kalau risau gak..nampak baby tak selesa ke..meragam ke..bawa la jumpa doktor katanya.

Lega sikit perasaan mummy. Terbang sudah gundah gulana :-) Check punya check rupanya mummy penah postkan satu entry pasal apa yang normal dan tidak normal berkenaan najis bayi ni setahun yang lalu. Bleh check kat sini. Mummy petik la sikit petikan yang menambah kelegaan mummy. Nak baca penuh bleh klik kat link yang diberi tadi ye.

" Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal."


Muka baru lepas qada' hajat.. cubaan nak teran sekali lagi.. macam tak puas hati je dengan performance tadi..hihi..

Yeah! usaha tangga kejayaan..

Tapi..tak berjaya gak kuar. Tak tahu la ni tangisan kecewa ataupun geli..najis dah memenuhi diaper..hihi.. Tahniah oso! tugasan selesai!

13 comments:

Putri said...

baby saya 8 hari x membuang..paed still kata normal..
mula2 risau juga..but now..biar kan je la coz memang hari ke 7 or 8 dia akan berak sendiri..

Eyna said...

Bby mnyusu bdan mmang normal klau x berak dlm 3,4 hari..tpi mcmana pulak dgn bby yg mnyusu btl?

Unknown said...

BABY SY SAMA JUGA TIDAK MAHU BUANG AIR BESAR... ADA SEKALI SAMPAI 5-6 HARI.. RISAU AKAN DIA SY BAGI UBAT SUMBAT UTK BABY BUANG AIR... DIA SELALU MENANGIS KETIKA TIDAK SELESA N NAK BUANG NAJIS... TAPI TIDAK KELUAR HINGGA TERPAKSA SY BAGI UBAT SUMBAT.... ADA SAPA2 BOLEH BANTU??

Unknown said...

nak kata sembelit tak juga... melihat keadaan najis dia cair...

Anonymous said...

Bby sy nak masuk 3 bulan..bf tp dlm sehari akan bg f.m dalam 2-3oz je..bby jarang berak..selang 5 hari @ 3 hari baru berak..normal ke mcm 2?...

Unknown said...

Bayi sya pun sama. dlm 5ari baru bera.
k. Fully breasfeed. apa punca jadi camtu ye?

Anonymous said...

Bayi saya bru 20ari.dr lhir ok je dia membuang.tp ari ke 19 dh strt meneran2 smpai merah2 muka..pastu ngis legat2..rsaunya hati ni.yak dia keras ke..tp ank saya breastfeeding sepenuhnya..rsau sbb dia neran2 n ngis legat2..mcm sakit sangt je..boleh sape2 bntu saya..

Bonda said...

Alhamdulillah.. Bnyak perkongsian kat sini memberi info. Anak sedara saya masih dalam pantang pun susah poo poo.. Hehe

Anonymous said...

Baby sy sdh 1bulan 7 hari. 1minggu lepas dia slalu cirit. Berak sekali sehari. . Bila kencing mesti ada cirit sikit. Tp sejak kelmarin dia xda berak. Risaunya hati. Tp rasanya normal kan. Baca komen2 yg lain ada sampai 8hari xberak. Tp baby sy sgt ssh mau burp. Sesiapa ada masalah macam sy

yanna said...

Bb sya 2 bulan total bf...jarang berak,kembung perut,merengek..bawa pg jumpa pakar kanak2 doc sarankan buat rectal biopsy utk sahkan sejenis penyakit usus "hirscprung disease"..skrg ni tunggu result biopsy..harap bb sihat..risau sangat2..

Anonymous said...

Baby sy pulak fully susu badan tapi berak setiap sejam...sehari 20 helai pampers tukar..ada sape2 kena mcm sy?

Anonymous said...

Salam, emm mummy ada mkn jamu ke atau sebarng suplement?..cub brhentikan dulu n tengok sbrng perubahan baby dlm bbrp kali dia poo poo, kalu makn berkurangan...maksudnya mummy taulah puncanya.

erin said...

try tiarap kan dia sebab time tiarap tu dia akan berusaha utk angkat kepala dia sndiri dan time tu terus burp