Satu lagi catatan penting dalam perjalanan penyusuan susu ibu edisi Razin. Selama setahun umur Razin, mummy senang-lenang je menyusukan Razin tanpa banyak dugaan. Kalau siang mummy pergi kerja, mummy bekalkan Razin dengan stok EBM di taska. Mummy di opis memungut hasil tenusu mengikut kesempatan. Balik kerja sampai pergi kerja semula keesokan harinya, Razin direct BF dengan mummy. Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am adalah hari nenen sedunia! hihihi..
Tapi minggu lepas, rutin ini sedikit terganggu. Allah menguji mummy dengan keadaan terpaksa meninggalkan Razin untuk berkursus selama 4 hari 3 malam di El-Azzhar Camp, Morib bermula daripada 11 hingga 14 Jun 2012. Kursus ini diwajibkan kepada semua staf baru di opis mummy untuk tujuan pengasimilasian. Bukan tiada staf yang memohon pengecualian daripada menghadiri kursus ini dengan sebab menyusukan anak. Tapi mummy tak nak menjadikan 'menyusukan anak' itu sebagai alasan. Mummy tak nak orang memandang menyusukan anak itu sebagai penghalang, beban atau menyusahkan. Jika tidak hadir sekarang, mummy perlu juga menghadiri kursus asimilasi ini pada penganjuran yang akan datang yang mummy tak pasti kekangannya macam mana.
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Perasaan ragu yang merajai hati sebelum berkursus akhirnya terlerai jua setelah melangkah masuk ke kem. Persoalan tentang kewujudan peti ais dalam kawasan kem akhirnya terjawab. Syukur, Allah tunjukkan jalan. Malu bertanya sesat jalan. Malu bertanya, ada pulak EBM yang terkorban :)
Sepanjang berkursus, mummy menumpangkan EBM dalam peti ais di kantin kem yang beroperasi bermula seawal 6.30 pagi hingga 11.30 malam. Walaupun peti ais tersebut sarat-barat dengan muatan, tapi ada juga sedikit ruang untuk mummy selitkan EBM untuk Razin. Mummy berjaya menjadi peserta kursus dan pemerah tegar dalam satu masa. Walaupun terpaksa main kejar-kejar dengan masa yang pastinya masa adalah pemenangnya, mummy cuba gunakan masa rehat yang ada sebaiknya dengan aktiviti rutin seorang BF mummy. Dalam khemah, dalam telekung semasa mendengar kuliah subuh dan juga dalam bilik penginapan, semuanya pernah menjadi pot mummy untuk melaksanakan misi mengosongkan kolam susu. Mujur mummy pengguna tegar teknik mermet. Tak perlu nak mengusung pam ke mana-mana. Terima kasih Allah atas kurniaan ini!
Menjelang pulang dari kursus, mummy berjaya membawa pulang 20 pek x 6 oz = 120 oz EBM. Sendat-mendatlah cooler bag mom's little one mummy yang telah berusia lebih 2 tahun itu dimuatkan dengan EBM tersebut dan juga 3 ice packs yang telah dimintabekukan semenjak sampai. Mujur EBM cair dalam plastik adalah flaksibel bentuknya. Senang nak adjust! Mummy ada masa sebelum pukul 7 malam pada hari khamis itu sebelum usia EBM sulung mencecah 72 jam. Alhamdulillah, mummy sampai rumah pukul 4.15 petang. Sampai je rumah, lepas peluk anak melepaskan rindu, mummy masukkan terus EBM ke dalam freezer sebelum terlupa. Cukuplah 10 oz je yang terbuang masa di kem sebab kantin dah tutup dan EBM telah lebih 4 jam pada suhu bilik. Dah bukan rezeki..
Mummy senang dan gembira membuat aktiviti mermet ini tanpa rasa terbeban atau disusahkan. Mummy yang pilih jalan ini dan mummy rasa puas dapat memberikan yang terbaik untuk anak mummy. Pedulilah orang nak cakap apa. Asalkan mummy tak menyusahkan sesiapa kecuali mak cik kantin tu..hihi. Tu pun mummy dah minta maaf sebab menyusahkan tumpang peti ais dia dan ucap ribuan terima kasih atas timbang rasanya. Semoga perniagaannya maju jaya dan mampu beli peti ais yang lebih besar lagi!
Asyik cerita pasal mummy lupa pulak cerita pasal si Razin. Razin ok aje ditinggalkan di bawah jagaan en asben and the team iaitu MIL and SIL. Cuma cabaran agak hebat pada waktu malam bila Razin macam biasa akan terjaga 4-5 kali mencari nenen. Pada malam pertama, the team masih tak dapat rentak Razin, maka malam pertama adalah malam menangis Razin. Malam kedua dan seterusnya en asben dah standby awal EBM yang telah dipanaskan untuk Razin. Maka, all is well..hihi..
Mummy risaukan Razin lebih-lebih sampai lupa pulak kat Rania. Masa mummy balik ari tu, badan Rania panas. Check suhu 38.3 darjah celcius. Baru demam kata MIL. Demam rindu kat nenen kot. Dapat nenen, Rania nenen macam haus sangat. Memang betul2 dia rindukan nenen. Keesokan harinya, demam Rania dah baik.
Moral of the story, dalam menuju destinasi yang diimpi, onak dan ranjau pasti ditemui. Nak tak nak kita perlu tempuhi. Sesungguhnya Allah tak akan uji kalau kita tak mampu nak hadapi.
happy breastfeeding!
You can do it mummy! |
No comments:
Post a Comment