Kek Birthday Rayyan 3 tahun lepas hadiah dari atok |
Alhamdulillah! Anak sulung mummy, Umar Rayyan genap berusia 4 tahun hari ni. Genap 4 tahun juga mummy bergelar mummy!
Pada usia ini, Rayyan sudah bergelar abang kepada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Berkongsi kasih sayang dan perhatian mummy dan daddy. Dan insya-Allah mummy dan daddy nak bagi Rayyan adik lagi..hihihi.. Bila dikenang-kenang macam kasihan je kat Rayyan tak sempat nak bermanja-manja lama-lama dengan mummy dan daddy. Tapi mummy percaya setiap yang Allah takdirkan, terkandung seribu hikmah yang tersembunyi. Mungkin Allah nak jadikan Rayyan seorang pemimpin yang hebat, sehebat Umar. Pemimpin hebat tak boleh manja lebih-lebih kan? Kalau tak dapat hebat memimpin umat sekalipun, sekurang-kurangnya Rayyan hebat memimpin diri sendiri dan keluarga.
Pencapaian Rayyan pada usia ini? Rayyan mengalami kecelaruan identiti.hihihi.. Sekejap jadi Ben 10, kekadang jadi Boboiboy. Ultraman ada gak sekali sekala. Tapi sangat kerap jadi Ben 10 la. Sampai tak kira kat mana Rayyan nak bertukar. Dalam kereta pun jadi. Pasaraya apatah lagi. Sangat obses dengan warna hijau. Warna tema Ben 10. Sehinggakan ari tu, mummy nak beli selipar, minta dia pilihkan antara warna pink dan hijau mana satu yang cantik, of course dia pilih hijau. Ben 10 katanya. Sentiasa nak pakai jam macam Ben 10 tak kisahlah walaupun bukan ada gambar Ben 10 pada jam itu asalkan kaler hijau. Pernah mummy terpaksa beli jam berharga RM35 kaler hijau memandangkan jam yang lebih murah daripada itu tiada warna berkenaan. Tapi malangnya, hayat jam tersebut tidak lama.
Rayyan sudah kenal dengan alphabet and numbers. Belajar dari internet. Dia juga telah boleh menulis sikit-sikit. Tapi dia masih belum pandai membaca. Mummy tak sempat nak ajar. Saat menulis entry ini baru teringat yang mummy dah lama tak ajar Rayyan membaca. Tahap sekarang, Rayyan sudah tidak berminat dengan alphabet dan numbers di internet. Dia lebih cenderung kepada games, sehingga berlaku perebutan siaran antara dia dengan Rania kerana Rania sangat suka akan alphabet dan numbers. Selalu gaduh. Adeh! pening kepala mak, nak!
Sekarang ni Rayyan sangat gilakan game angry bird di galaxy tab daddy. Inilah ubatnya kalau nak suruh Rayyan duduk diam-diam dan tak bertukar jadi Ben 10. Sangat membantu terutamanya sewaktu dalam perjalanan jauh bagi mengubat kebosanan beliau dalam kenderaan yang dinaiki.
Walaupun kadang-kadang Rayyan sangat susah untuk duduk diam-diam dan dengar arahan mummy dan daddy tapi Rayyan seorang yang makan pujukan. Senang bertolak ansur berbanding Rania si rambut kerinting..hihihi. Mummy perlu menggunakan pendekatan cara lembut dengan Rayyan. Kalau kasar, Rayyan akan lebih kasar. Semakin hari semakin mummy kena belajar macam mana nak jadi mummy kerana usia kita sebaya. Semoga mummy mampu menjadi mummy yang hebat untuk Rayyan dan adik-adik.
Maaf Rayyan, tiada hadiah hebat yang mampu mummy sediakan.
Hanya doa dan harapan
Semoga anak mummy menjadi anak yang soleh dan teguh iman
Sabar dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan
Dipermudahkan segala urusan
Dilimpahi rahmat dan keredhaan
Di dunia dan akhirat mendapat kebahagiaan
Happy birthday Rayyan!
Mummy, daddy, Rania and Razin always love you!
1 comment:
Happy 4th Birthday adik Umar Rayyan....
Post a Comment