Check it out!

Wednesday, June 6, 2012

Penyusuan susu ibu : Stok EBM @ 1 tahun

Alhamdulillah! setahun sudah berlalu perjalanan menyusukan Razin dengan susu ibu sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan lagi separuh perjalanan penyusuan ini.


Makin lama makin banyak botol kosong yang dah terkumpul. Apakah maknanya ini? Maknanya.. stok susu ibu perahan a.k.a EBM (Expressed Breast Milk) milik Razin dah makin berkurangan. 

Mengapa kamu.. mengapa jadi begitu?
Inilah nasib ku..
(hihihi.. tetiba pulak nak nyanyi lagu kumpulan nico ni) 

Kenapa jadi begini? Mungkin faktor kesibukan mummy di opis menyebabkan mummy tak sempat nak memerah susu. Memang sebulan dua ni sangat sibuk sehinggakan mummy terpaksa skip masa memerah. Kat rumah memang mummy tak buat stok langsung memandangkan mummy memang direct BF Razin dan juga Rania. Rania masih BF? Ya.. Rania masih BF juga walaupun dah expired umurnya..hihihi.. dah 2 tahun 8 bulan dah. Tapi Rania hanya mahu yang segar dari ladang (direct).. EBM dia tak mahu.

Faktor kedua, banyak stok EBM yang terbazir begitu sahaja. Sama ada di taska mahupun mummy prepare bawa tapi tak digunakan contohnya masa pergi konvo kat Johor Bahru bulan lepas. Mummy bawa 5 stok EBM cair lagi fresh untuk Razin hasil perahan hari Jumaat untuk digunakan sepanjang mummy tinggalkan Razin untuk menghadiri rehersal, majlis anugerah dan juga konvo. Siap tumpang peti ais hotel lagi. Mummy bawa juga warmer bagi memudahkan urusan pemanasan EBM. Tapi malangnya langsung tak digunakan memandangkan mummy sempat BF Razin directly dan buat perahan segar tanpa perlu masuk peti ais. Akibatnya, EBM tu terbazir begitu sahaja. Memang rasa nak nangis tengok EBM terbuang tapi nak buat macam mana.. terpaksa redha dan menganggap tiada rezeki Razin. Sesungguhnya susu yang segar dari ladang tu lagi baik dari EBM..huhu..

Macam kat taska pulak, sebelum ni mummy bekalkan Razin 5 botol EBM dengan muatan 4-5 oz. Selalu sangat berbaki 1 EBM stok lama yang mana tak boleh lagi nak guna keesokan harinya. EBM cair yang mummy bekalkan telah digunakan lebih awal. Makanya, terpaksalah dikorbankan EBM tersebut. Sekarang ni mummy hanya bekalkan dengan 4 botol EBM 4-5 oz. 1 cair dan 3 beku. Ok la, sangat jarang berbaki. Cuma hari Isnin lepas dikembalikan 2 stok EBM beku yang telah mencair memandangkan mummy ambil Razin pukul 2 untuk dibawa ke klinik. Razin hanya minum 10 oz. Salah mummy sebab lupa yang nak ambil Razin awal. Ehm.. terpaksalah terkorban lagi EBM tu. 


Sekarang ni, ini sahaja stok EBM Razin yang tinggal. Sebahagian dalam Freezer biasa dan sebahagian lagi dalam Deep Freezer. Sudah banyak kelegaan dalam DF tu yang sebelum ini penuh dengan muatan EBM. Sekarang ni Razin masih lagi consume stok EBM hujung bulan Februari. Nampaknya mummy kekurangan stok bulan April dan Mei ni.


Walaupun stok EBM dah berkurangan, Alhamdulillah masih belum sampai ke tahap mencemaskan. Masih cukup untuk mummy tinggalkan Razin 4 hari minggu depan untuk menghadiri kursus di Morib.

Macam mana agaknya Razin tak dapat nenen malam-malam ek nanti? Dah setahun Razin tak pernah missed nenen malam-malam..
Mummy serahkan semuanya pada Allah kerana mummy tak mampu dan malas nak fikir
Semoga Allah permudahkan segalanya.. 

8 comments:

Mummy GreenyHouse said...

nampak masih banyak EBM tu..
sy pulak panic tgk, stok sy lagi mencemaskan..huu~

moga segalanya dipermudahkan..amiinn.. :)

azizahchewan said...

nape anto kat taska yg beku...sy selalunya kuarkan yg beku tu awl2 letak kat bahagian bwh...jd esok dh cair pastu anta kat taska yg tu..salah ke cara sy tu

mamiraysha said...

Mummy Greeny,

Sila jangan panik2 ye. Insya-Allah stok yang sikit akan mencukupi jika Allah izinkan. Semoga kita sama-sama berjaya mencapai matlamat penyusuan 2 tahun. Amin!

mamiraysha said...

azizahchewan,

Saya seorang yang malas :-) Saya pernah keluarkan malam kat bawah pastu still beku gak. Malas la pulak saya nak rendam dengan air..hihi. Cara awak tu la yang betul. Susu beku yang dikeluarkan ada masa 24 jam untuk dihabiskan.

NiaRania said...

impressnye la sy dgn mommy2 yg bekrja n yet berjaya bf exclusive anak2nya...tahniah! :)

mamiraysha said...

NiaRania,

Thanks! Tiada yang mustahil kalau Allah izinkan. Yang penting, niat dan keazaman dalam mencapai matlamat yang ditentukan. Dah ramai yang berjaya, mengapa tidak kita..kan?

IBU GRACE said...

banyaknyer stok. so total botol yg u beli berapa? penuh satu baldi tu..

CikPuanIsteri said...

Ya Allah jelesnya tgk stock EBM akk..
mudah2an susu sy banyak jugak nanti tuk bakal baby sy..
mmg dr awl dah niat nk BF sj..
doakan sy yer kak.. =)