Check it out!

Tuesday, June 5, 2012

Razin : Hobi baru saya

Razin anak mummy ni dah setahun dah. Semakin hari semakin banyak kerja yang Razin boleh buat. Bila Razin banyak kerja.. makanya.. bertambah juga la kerja mummy.

Macam ni..


Razin pantang tengok novel-novel mummy ni tersusun kemas atas rak buku. Razin akan berdiri dekat rak tu dan tarik keluar satu-satu novel tu dan jatuhkan ke lantai. Walaupun berat, betapa bersungguhnya Razin mengangkat buku-buku tersebut satu-satu dan campak ke bawah. Nasib baik Razin budak kecik. Mummy tak jadi marah.. mummy gelak dan ambil gambar walaupun mummy tahu mummy yang kena kemas balik lepas tu. Tapi ingat! jangan buat macam ni bila Razin dah besar.. Mungkin Razin akan terima cubitan berbisa dari mummy! hahaha..


Sangat gembira dengan kejayaan meruntuhkan kekemasan susunan buku-buku mummy

Beli! Beli Beli! Murah! Murah! Murah!


3 comments:

inazamri said...

dia minat membaca ni nnt.jd ulat buku kot nnt.Sekrg kecik2 saja wat sepah2 gitu coz tak la kena cubit kan Razin....

mamiraysha said...

Inazamri,

Tak nak la jadi ulat..hihi.. insyaallah semoga Razin suka membaca bila besar nanti dan mummy akan lantik dia jadi pengemas buku dlm rumah..hihi..

CikNaa said...

hehe.. same cam nama anak saye.. razin mikhaill :)