Check it out!

Thursday, July 5, 2012

Bila anak bertanya..

Pagi tadi, semasa menyusukan Razin di taska, Rayyan dan Rania pun joint sama masuk bilik baby. Rania baring sebelah ribaan mummy sambil minum susu. Rayyan pulak makan keropok ikan. Tetiba ada secebis keropok ikan terpelanting kena betul2 dekat mulut Rania. Mummy cakap kat Rania, Rezeki! 

Tetiba Rayyan bertanya..
Rezeki tu apa mummy?
Ehm.. terkedu gak mummy mendengar soalannya. Soalan Rayyan ni nampak macam simple tapi susah juga mummy nak jawab. Rasanya, senang lagi mummy menjawab soalan interviewer masa sesi interview ari tu..hihi..

Walau susah macam mana sekalipun, mummy yang hebat kena jawab soalan si anak..haha.
Si mummy kan idola si anak. Mummy knows everything sangkaan mereka.
Mummy jawab..
Makanan tu rezeki
Minuman tu rezeki
Sihat tu rezeki
Ilmu itu rezeki
Duit itu rezeki
Anak-anak itu rezeki..

Pastu Rayyan mencelah..
"Rayyan?"
Rayyan pun rezeki..
"Rania?" soal dia lagi 
Rania pun rezeki..
"Razin?" macam biasa la mesti nak cukupkan jugak adik-beradiknya.
Razin pun rezeki..
"Kakak?" tanyanya lagi..
Kakak pun rezeki kepada mummynya..

Nasib baik teacher masuk bawa baby dan fokus Rayyan kepada persoalannya sebentar tadi telah terganggu.. hihihi.. selamat!

Rayyan ketika berumur 1 tahun 10 bulan. Sekejap je dah berumur 4 tahun anak mummy ni.

4 comments:

Unknown said...

hehe..seronok kan bila anak dah pandai bercakap.

kalau saya pun bingung x tau nak jawab ape. tggu setengah jam, baru blh jawab..terkedu kot

NiaRania said...

Rayyan sy pun bnyak mulut...seeemua pn tnya,yg xtahan tu suka bnyak2 kali ulang soalan sama,tensen jgkla umminya tp jawaaab la jgk :p

mamiraysha said...

Ibu Grace,

Seronok memang seronok anak pandai cakap. Kekadang tu kita tak sangka pulak soalan tu akan terkeluar dari mulut dia. Saya jawab je apa yang terlintas..hihi.. kadang2 tu explaination saya macam saya explain kat orang besar. Nanti dia jawab oo... macam dia tahu la kononnya..hihi

mamiraysha said...

NiaRania,

Ha sama la dengan Rayyan yang kat sini. Memang budak nama Rayyan cam tu kot..hihi. Memang tension nak jawab soalan yang berulang-ulang dan bertubi-tubi. Lagi2 time balik keje dan perut mummy lapar. Rasa macam nak telan je dia..bagi perut mummy kenyang..hihi..