Check it out!

Friday, October 15, 2010

Rania yang demam..


Salam. Dah lama dah rasanya tak menulis blog. Tak berkesempatan! kat opis bizi memanjang kebelakangan ni. Ni pun baru ari ni start keje setelah 4 ari berkursus. Kat umah plak memang tak sempat. Kena utamakan yang utama. Badan pun tak sihat sangat..mood pun takde nak menulis walaupun dlm kepala ni macam-macam nak cite..tapi apakan daya..

Saat ni saje je nak cite pasal si kecik Rania. Teringat kat dia.. maklumla dia demam! Dah 2 ari dah Rania jadi Naruto! Tampal cool fever kat dahi! panas sangat.

Minggu lepas 6/10/2010 Rania kena cucuk 1 tahun walaupun lagi 5 hari baru genap umur dia setahun. Nurse cakap lepas kena injection ni..seminggu kemudian baru nampak tindak balas body. Kalau kuat tak demam, kalau tak kuat..akan demam. Mungkin Rania demam sebab injection ni kot. Tak pun demam pasal nak tumbuh gigi. Dah nampak dah warna putih kat gusi depan sebelah bawah. Bila mummy rasa pakai jari..dah terasa dah kasar kat tempat tu. Gigi pertama Rania bakal muncul setelah setahun dok kat dalam..tak kuar2..hehe.. Tak pun mungkin dua2 ni la punca dia demam!

Nak ikutkan hati..memang rasa nak cuti je..sian kat dia..tak selesa. Tapi apakan daya..dah lama tinggal keje pi kursus. Takpela..mungkin nenek jaga Rania demam lebih baik berbanding mummy ni. Mummy ni tahu sumbat nenen je dalam mulut Rania.

Malam tadi..Rania tido tak lena langsung..kejap2 merengek. Tak nak berenggang dengan nenen langsung. Mummy pun tumpang tak selesa juga. Ngantuk ada.. Lenguh pun ada bila rasanya mengiring lelama kat sebelah kanan je. Rasa nak tumpang merengek sama je. Tapi kalau mummy merengek pun..takde sape pun nak pujuk..huhu.. Takpela..bukan selalu Rania wat perangai..bila tak sihat je..

Kepala dan badan Rania malam tadi bukan main panas lagi. Takut gak mummy. Mummy tepek cool fever kat dahi dan ambik towel basah..tekapkan kat kepala dan ketiak Rania. Dengan cara ni..baru Rania dapat tido lama skit. Kalau tahu..start2 tido mummy buat. Tapi waktu tu tak berapa panas lagi. Rania merengek2 pun mummy sumbat je nenen..malas plak nak bangun ambik cool fever ngan towel basah. Tapi asyik merengek je..mungkin Rania tak selesa kot..badan plak makin panas. Ishk! tak bleh jadi ni. Mummy gagahkan gak diri untuk bangun..Rania amanah mummy!

Moga Rania cepat sembuh! Rania demam..mummy pun rasa nak demam ni..tak larat dah rasanya badan ni..tekak pun dah rasa perit2 ni..

1 comment:

norabidah said...

rania demam ye.. sory xpat wish rania nye besday.. ingat besday tp xde duet nak call.. huhu.. sempat cakap dgn mak je la besday rania masa 11/10 ritu.. hehe.. cepat besar ye rania.. ! mish rania dgn rayyan sgt