Check it out!

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Bila tulis tajuk entry ni..terasa macam me'welcome' husband sendiri plak..hehe.. mane taknye..inilah namanya! Maklumla..lahir dalam bulan Ramadhan..so, parent in law pun bagi la nama sempena bulan yang mulia ni. Sesiapa jua yang mendengar namanya..kompem tahu yang my husband lahir dalam bulan Ramadhan..hehe..kalau tak tahu juga..tak tahu la nak kata apa..

Dijangka esok akan bermulanya Ramadhan..bermakna..esok dah start kena puasa. Malam ni dah start sembahyang tarawih. Macamana? dah pikir2 juadah bersahur awal pagi esok? Dah pilih nak sembahyang tarawih kat mana? Bagi mummy2 yang ada anak kecik2 ni..kat rumah je la jawabnya. Moga Allah bagi kekuatan untuk melaksanakannya tahun ni! Tahun lepas banyak rongaknya..

Tahun ni merupakan kali ke-4 saya menghadapi Ramadhan sebagai seorang isteri kepada Ramadan! hehe.. First time pada Ramadhan tahun 2007. Ramadhan tahun 2008..first time berpuasa sambil fully breastfeeding baby yang berusia 3 bln lebih (Umar Rayyan). Ramadhan tahun 2009.. fisrt time berpuasa ketika pregnen (8 bulan). Ramadhan tahun 2010 insyaallah..second time berpuasa sambil menyusukan baby yang berusia 10 bulan (Aisya Rania).. Moga Allah memudahkan urusan menunaikan 2 ibadah dalam 1 masa!

Rasanya..Ramadhan kali ni cabaran lebih skit berbanding lepas2. Ramadhan kali ni terpaksa berulang jauh dari rumah ke tempat kerja (Gombak - Bangi)..tambah lagi anak pun dah dua..weekend plak pegi menuntut ilmu dunia.. Kalau dicongak2..bertambah penat agaknya.. Tapi apa-apapun..tiada daya upaya tanpa pertolongan Allah! Moga rahmat Allah di bulan Ramadhan ni.. penat tak terasa! Bleh la tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar ditunaikan dengan sempurna.

Sempena esok dah masuk bulan Ramadhan.. jom kita check balik perkara-perkara yang perlu kita tahu dalam menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan ni.. Ye la, setahun sekali kan..kot-kot terlupa..

Lafaz Niat Puasa Ramadhan


"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"

Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.

Doa berbuka puasa


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Sunat-sunat puasa

a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum dengan sengaja
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua

Pantang-larang Puasa

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak
mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan nafsu shahwat.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan
perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan
minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan
minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan
yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa semua! Moga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas..

No comments: