Check it out!

Thursday, August 5, 2010

Mimpi Ngeri..

Wah..ngerinya tajuk cite ari ni..ngeh3.. Mimpi pasal apa? Hua...mimpi pasal husband kawin lain.. Tak pasal2 dapat mimpi ni plak masa tido kali ke-2 antara pukul 2.10 pagi hingga 4.30 pagi. Ngeri sungguh.. mintak2 la hanya mainan tido..hehe..

On the way pi keje tadi cite kat husband pasal mimpi ngeri ni..hah begini dialognya..
" Han, fa mimpi ngeri la malam tadi."
" Mimpi apa? "
" Mimpi Han kawin lain.."
Dengar je cite saya..pakwe sorang ni sengih sampai ke telinga..suka sangat la plak!
" Amboi..dengar cite pasal kawin lain..senyum sampai ke telinga ek? "
" Kenal tak siapa pompuan tu? ciri-cirinya macam mana? Bleh pi cari ni.. "
Wah.. kurang asam sungguh jawapannya..
" Ntah..macam tak kenal je pompuan tu.. "
" Ok la, dapat payung emas nanti.. tak payah pakai rantai emas..gelang emas.."
" Ehm.. payung emas? kalau nasib baik dapat la payung emas.. kalau tak..masuk neraka plak nanti. Ye la.. Setan mesti akan menggoda punya..supaya tak dapat payung emas tu.."
" Jangan la ikut setan tu.. "
" Tapi kan Han, dalam mimpi tu.. han macam tak suka je dengan perkahwinan tu.. "
" Aik? ada ke orang tak suka kawin? " Sengih lagi pakwe ni..ooh..suka kawin ye?
" Masa malam pertama han, han tidur luar.."
" Hei ingat cite Nur Kasih ke?.."
" Hehehe.. ntah..dah mimpinya begitu.. Dalam mimpi ni, fa sedih.. macam orang kebingungan je.. terkejut kot laki kawin lain.."
" Ni bukan la mimpi ngeri.. mimpi sedih namanya.."
" Ngeri la tu.. hehe.."

Begitulah antara dialog pagi tadi on the way pi keje. Hikmah berulang jauh setiap hari.. bleh la borak2.. bincang2.. luah2 perasaan.. dengan encik husband. Ngeri tak mimpi i ni? Kalau bleh.. memang tak nak ia menjadi kenyataan.. Nampaknya..kenala bagi service first class ni..hehe.. Tapi kalau ianya terjadi..siapalah kita hendak melawan takdirnya.. sebab poligami itu dibenarkan dalam Islam. Menidakkan poligami bermakna menidakkan hukum Allah.. astaghfirullah.. Tapi takdir bleh berubah dengan doa..kan? Sebab Allah kata..


So, kena banyak2 berdoalah..agar mahligai dibina mendapat rahmat dari-Nya. Bila ada rahmat, setiap dugaan dapat dihadapi dengan jiwa yang tenang..

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”. - Surah An-Nisa', ayat 3

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat
Ahmad bin Hanbal)

Kepada kaum lelaki.. memang Islam bagi kebenaran untuk kawin dua, tiga atau empat tapi jangan tertinggal plak ayat yang selepas tu.. kalau tak mampu berlaku adil..kawin la satu.. supaya tidak berlaku kezaliman..hehe.. Orang lelaki memang terer ayat ni..lagi satu pasal sunnah nabi kawin lebih daripada sorang..komain lagi dia berhujah..(sunah lain tak berapa nak buat..hehe..) tapi kalau nak ikut sunnah bebetul wahai kaum lelaki.. Nabi berkahwin lain hanya selepas isteri pertama baginda, Siti Khadijah..wafat.. ehm..so macamana? Bukan emosi..saje nak berkongsi..

No comments: