Check it out!

Monday, August 2, 2010

Stok susu yang genting

9 ari lagi..genap umur Rania 10 bulan.. bermakna.. 9 ari lagi genap Rania 10 bulan menyusu dengan susu mummy. Alhamdulillah..berjaya melepasi 6 bulan pertama.. kini dalam misi menyempurnakan penyusuan hingga genap 2 tahun. Lambatnya lagi.. mampukah mummy? Sekarang ni..dalam freezer tinggal 2 botol je stok susu beku untuk Rania. Stok agak genting sekarang ni. Pengasuh cakap..Rania kuat minum susu sekarang..5 botol sehari. Huhuhu..mummy dia bawa balik dari opis hanya 3 botol je sehari.. sekali sesi pemerahan hanya berjaya 1 botol 4oz je. Kat rumah kadang2 sempat..kadang tak sempat nak perah.. alahai..

Ari Sabtu lepas..ajak husband pi stokis HPA nak beli Habbatus Sauda soft gel..sebagai supplement untuk melancarkan pengeluaran susu ibu. Lama dah tak makan apa2 supplement untuk tambah susu ni. Beli la juga sebagai ikhtiar sampingan. Ni je la yang mampu ditelan. Nak minum soya..tekak tak nak terima.. Nak makan sayur lobak putih...uihhh..jauh sekali..memang spesis tak makan sayur (kecuali sawi, kobis dan carrot).. Nak rebus longan kering..alahai malas.. hehehe..

Alhamdulillah.. untuk 2 kali sesi pemerahan tadi..dapatla 3 botol.. dapat up 1 botol berbanding biasa..hehehe.. punca? kurang pasti sebab utama kenapa increase plak susu ari ni. Sebab Habbatus Sauda kah? Sebab balik kampung semalam kah..hati happy? Sebab Rania kerap menyusu malam tadi kah? Apa yang pasti..jawapan utama adalah sebab Allah nak bagi rezeki lebih kat Rania ari ni..kan?

Teringat plak kat tazkirah Ummu Solihin yang baru baca tadi..

Makanan tidak ada kuasa untuk menghilangkan lapar.
Allah swt sahaja yang berkuasa menghilangkan lapar.

Air tidak ada kuasa untuk menghilangkan kehausan.
Allah swt sahaja yang berkuasa menghilangkan kehausan.

Tidur tidak ada kuasa untuk menghilangkan penat.
Allah swt sahaja yang berkuasa menghilangkan penat.

Vitamin, makanan tambahan dll. tidak ada kuasa untuk memberikan tenaga dan kekuatan. Allah swt sahaja yang berkuasa memberikan tenaga dan kekuatan.

Lepas baca tazkirah ni..rasa up sikit semangat ni. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat si kecil Rania.. Moga Allah kabulkan impian mummy Rania untuk menyusukannya sehingga 2 tahun. Moga dengan rahmat Allah..susu yang sikit mengenyangkannya.. susu yang kurang..mencukupi baginya..Amin!

2 comments:

Anonymous said...

assalam mummy...
saya nak taye mcm mane sy nk byk kan stok susu..stok susu sy pn dh genting skang ni.... kalo bole xnk bagi susu formula lagi..ank baru masuk 6 bulan full bf smpai skang.... sedih bile susu semakin kurang... sy ada minum 1 produk katanye bole tmbh susu tp bile minum lama2 susu kurang bkn makin tmbh.... dan lagi 1 ada gak mkn ubat shaklee..penah dgr x... ni pn utk tmbh susu tp tetap sama....mcm mane ye... minta pendapat...moga ALLAH beri rezeki pada anak saya untuk full bf.... amin....

mamiraysha said...

Wa'alaikumussalam..

Puan yang dirahmati Allah,

Tahniah kerana mempunyai keazaman yang kuat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Semoga Allah beri kita kekuatan dan memurahkan rezeki susu ibu untuk anak2 kita.

Sebenarnya makanan tambahan untuk menggalakkan pertambahan susu ibu ni bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Tidak semestinya susu banyak untuk orang lain, banyak juga bagi kita. Tapi kita kena cuba dan terus mencuba sampai kita jumpa yang memang betul2 serasi dengan kita.

Tapi bagi saya, faktor pemakanan ni hanya sedikit sumbangannya kepada pertambahan susu ibu. Mengikut pengalaman saya, kekerapan menyusukan bayi dan mengosongkan payu dara banyak membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini berkait rapat dengan konsep demand and supply. Lagi tinggi permintaan, lagi tinggi penawaran. Macam saya sekarang ni tengah bertandem nursing - menyusukan anak kecil saya bersama-sama kakaknya. Saya rasa sekarang ni susu saya lagi banyak berbanding sesi BF anak first dan second dulu. Tanpa mengambil apa2 supplement food.

Saya pernah mengalami pengeluaran susu yang merudum semasa BF anak first dan second. Rupa-rupanya pemeruduman tersebut berpunca daripada hormon kehamilan telah menurunkan hormon prolaktin dan oksitosin yang merangsang penghasilan susu saya. Sudahnya, harapan untuk fully breastfeed anak fisrt dan second terbengkalai di tengah jalan. Cuba puan check, kot2 kes puan pun macam saya..nak dapat orang baru..hihihi...

Lagi satu puan, cuba jauhi daripada sebarang tekanan. Sebab stress boleh merencatkan pengeluaran susu sebab yang hantar mesej kepada kilang susu kita tu duduknya dekat otak. Kalau stress2 mesej tak sampai..line tak clear..hihihi..

Pastikan juga anak puan menyusu dengan cara pelekapan yang betul pada payudara. Kalau tak betul, rangsangan pada kilang susu tak berkesan. Jadi, mungkin kilang susu tak perasan ada permintaan terhadap susunya.

Akhir sekali, jangan lupa berdoa dan meminta tolong kepada Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Kalau dah usaha dan berdoa tapi still tak berjaya juga..jangan kecewa. Redhalah, kerana setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya kemanisan itu datangnya lambat sikit selepas kepahitan.

Saya harap sedikit pendapat ini membantu puan. Saya bukanlah seorang kaunselor laktasi yang bertauliah. Saya memberi pendapat berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.

Good luck! Enjoy your breastfeeding!