Salam jumaat, 24 Ramadhan! Lajunya masa berputar..tak sempat rasanya nak kejar. Sedih plak rasanya nak ditinggalkan Ramadhan ni. Banyak lagi ruang kosong buku catatan malaikat Rakib rasanya.. tu la..agaknya lupa nak doa supaya Allah bagi kekuatan nak beramal ibadah. Doa yang tak tinggal..mohon supaya Allah bagi kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak. Bila itu yang diminta..Allah kabulkanla yang diminta tu..Maha suci Allah yang Maha Pemurah! Tapi lupa nak minta Allah beri kekuatan nak buat yang sunat-sunat tu.. Lupa nak minta Allah bagi kelapangan untuk beribadah.. Akibatnya..selalu tewas dengan keletihan! Tu la kan..kita tak mampu nak buat amal kebajikan tanpa izin daripadaNya.. Tak mampu nak buat ibadah..tanpa hidayah daripadaNya.. Tak mampu nak jumpa Ramadhan lagi tanpa keizinanNya.. Moga Allah izinkan kita jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.
Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Ramadhan.. belum terlambat nak mohon pengampunan dan rahmat Allah SWT. Hari ni Allah gerakkan hati saya untuk berkongsi dalam blog ni tentang kelebihan istighfar, memohon pengampunan daripada Allah. Dengan izin dariNya..jom kita kongsi!
Antara Lafaz Istighfar
" Aku memohon pengampunan Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup, Maha Kekal dan aku bertaubat kepadaNya."
Kelebihan Istighfar
1. Seseorang yang memohon pengampunan daripada Allah (sejurus berbuat dosa) adalah seperti dia tidak berbuat dosa walaupun dia melakukan dosa-dosa sebanyak 70 kali (pada setiap kali dia memohon pengampunan Allah).
2. Menurut 1 hadith, apabila seorang Muslim melakukan dosa, malaikat penulis amalan buruknya akan menunggu 3 saat, jika dia memohon pengampunan Allah dalam masa 3 saat ini, malaikat tidak akan mencatitnya, menyebutnya dan pendosa tadi tidak akan dihukum pada Hari Qiamat.
3. Tercatit di dalam hadith di mana iblis berkata kepada Tuhannya:
" Daku bersumpah demi kemuliaanMu dan keagunganMu, aku akan terus menyesatkan anak-anak Adam selagi mereka masih mempunyai nyawa." Maka firman Allah Taala:
" Demi kemuliaanKu dan keagunganKu, Daku juga akan terus memberi pengampunan kepada mereka selama mana mereka terus memohon kepadaKu akan pengampunan."
4. Sesiapa yang sentiasa (istiqamah) memohon pengampunan Allah, maka Allah akan menyelamatkannya daripada segala kesusahan dan kepayahan.
5. Maksud hadith : " Seseorang yang memohon pengampunan Allah dengan banyaknya dan beristiqamah (berterusan), maka Allah akan mengurniakannya pembebasan daripada kesusahan, dan Allah akan menukarkan kesedihan dan dukanya kepada kegembiraan dan kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak diketahui."
6. Seorang bertanya kepada Rasulullah SAW : " Wahai Rasulullah! Apakah akan terjadi jika seseorang melakukan dosa?" Baginda menjawab, " Ia akan dicatit di dalam buku amalannya." Kemudian dia bertanya lagi, " Sekiranya dia bertaubat dan memohon keampunan Allah?" Jawab baginda SAW, " Taubatnya diterima dan dianya diampuni." Bertanya orang itu lagi, " Sekiranya dia melakukan dosa itu semula?" Baginda menjawab, "Ianya akan dicatit semula." Tanya orang itu pula, "Jika dia bertaubat di hadapan Allah dan memohon pengampunanNya?"
Baginda SAW bersabda,
"Taubatnya diterima dan dia diampunkan. Ingatlah! Allah SWT tidak merasa jemu memberikan pengampunan terhadap dosa-dosa, tetapi kamu menjadi jemu (jemu atau bosan memohon pengampunan Allah)."
7. Tercatit di dalam hadith bahawa Allah SWT berfirman, maksudnya:
" Wahai anak Adam! Aku akan mengampuni kamu selagi kamu merayu memohon keampunan kepadaKu dan berharap kepadaKu, walau apapun yang telah engkau lakukan, Aku tidak pedulinya. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu banyak hingga mencecah awan di langit, dan kemudian kamu datang kepadaKu merayu pengampunan, pasti Aku akan mengampunimu, Aku tidak sedikitpun mengambil kira. Wahai anak Adam! Jika engkau bertemu denganKu di mana dosa-dosamu memenuhi bumi sedangkan kamu tidak syirik kepadaKu, pasti Aku akan menemuimu dengan pengampunan sepenuh bumi."
8. Sabda baginda SAW, " Bertaubatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana daku bertaubat kepadaNya 100 kali setiap hari."
9. Ada disebut di dalam hadith "Sesiapa yang memohon pengampunan Allah bagi seluruh orang beriman lelaki dan wanita, maka Allah mengurniakannya satu ganjaran bagi setiap lelaki dan wanita beriman yang wujud."
10. Menurut satu hadith bahawa pada mana jua hari apabila kedua malaikat penjaga menunjukkan amalan-amalan seseorang kepada Allah SWT, dan Allah melihat "istighfar" merupakan perkara pertama dan terakhir bagi amalan-amalannya, maka firman Allah :
" Sesungguhnya Aku telah mengampuni segala yang ada di antara keduanya (kedua-dua istighfar tersebut)."
- Dipetik daripada Buku Amalan & Ibadat Sepanjang Zaman Warisan Para Anbiya : karangan Muhammad Al-Jazri, terbitan Darul Nu'man.
2 comments:
JOM BACA & HAFAL PENGHULU ISTIGHFAR.
: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “ Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membacanya (penghulu istighfar) pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (HR. Bukhari)
https://www.facebook.com/penghuluistighfar99/

Post a Comment