Check it out!

Friday, May 27, 2011

Cuti Bersalin : 60 hari vs 90 hari

Tuan rumah masih lagi belum bersalin ;-) Entry masih lagi berkisar pasal bersalin la kan..

Berkuatkuasa 15 Oktober 2010, kerajaan dah umumkan yang penjawat awam wanita boleh ambik cuti bersalin sehingga 90 hari. Bleh rujuk pekeliling berkenaan kat sini. Tapi ada syaratnya. Tertakluk kepada 300 hari jumlah cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. Alahai..tertakluk tertakluk ni yang buat kita dalam persimpangan dilema ni..

Dua anak sebelum ni, Rayyan dan Rania kedua-duanya anak semasa dalam perkhidmatan awam. So, 120 hari telah diambil dan ada baki 180 hari je lagi. Maknanya..kalau kali ni saya ambik cuti 90 hari..kelayakan saya hanya tinggal 90 hari je lagi. Nampaknya kalau ada anak ke-5..kena ambik cuti tanpa gaji la kalau cuti rehat tak cukup...hihihi..

So berapa hari cuti bersalin yang saya nak ambik? Boss pun dah tanya beberapa hari yang lalu. Bila tanya en asben..dia suruh ambik cuti 90 hari. So, sebagai isteri yang solehah..hahaha..kena la ikut cakap en asben kan. Kat sini saya isytiharkan yang saya nak bercuti bersalin 90 hari! hihihi..bestnye guling2 ngan anak2..lama2.. Borang permohonan pun telah dihantar ke pengurusan sumber manusia. Kena isi borang tau nak cuti berapa lama sebelum bersalin..

Kat tempat saya keje sekarang ni..sedang dilanda fenomena perempuan berperut buncit..hhihihi..kata orang penyakit ni berjangkit. Setakat hari ni yang saya tahu..ada 10 orang sedang menunggu giliran untuk cuti bersalin. 4 orang dah selamat bersalin. Saya ni bakal orang yang ke-5 ambik turn. Next, bulan 7 ada sorang. Bulan 8 ada 4 orang. Bulan 10 ada 2 orang dan bulan 12 ada 2 orang lagi.. Pening kepala pengarah..hihihi..

Bila saya survey tanya..nak ambik cuti bersalin berapa lama? Tak semua nak ambik 90 hari. Ada juga yang nak ambik 60 hari je. Katanya masih muda lagi..takutla terberanak ramai plak. Yang mana bersalin anak sulung semuanya nak ambik 90 hari. Ada jugak yang ambik cuti 60 hari sebab takut bosan bila cuti lama-lama kat rumah..

Bosan ke kalau cuti lama-lama kat rumah ni? Hhihihi.. saya takut dah cuti lama-lama malas pulak nak pi keje nanti :-) Apa-apapun..saya akan memanfaatkan sepenuhnya cuti 90 hari tersebut. Paling utama, nak ajar Rayyan potty training. Maklumla..190611 ni genap umur dia 3 tahun. Mummy tak pernah lagi ajar dia. Tak sempat. So, harap2 dalam tempoh cuti tu nanti Rayyan dah berjaya bebas diapers! Jimat! Jimat! hihihi..

Agenda yang seterusnya.. nak buat stok susu ibu banyak2 dan meneruskan penyusuan susu ibu untuk Rania sehingga dia berumur 2 tahun pada bulan 10 ni. Harap-harap misi menyusukan 2 anak ini berjaya la hendaknya..

Insyaallah..baby ke-3 ni juga akan dihantar ke taska..sekali dengan abang dan kakaknya..senang sekali hantar je. So, dah umur 3 bulan.. baby dah kuat la sikit nak dilepaskan di bawah jagaan orang lain..

Sekian, impian cuti bersalin 90 hari saya :-) Harap2 lepas ni adala yang memperjuangkan cuti bersalin 90 hari tertakluk kepada 5 anak..hihihi.. bolehla tambah anak lagi :-) macam best pulak ada anak ramai..

No comments: