Check it out!

Saturday, May 14, 2011

Kenduri kawin @ Dewan Merak Kayangan

Aktiviti luar rumah pertama ari ni. Memenuhi undangan perkahwinan seorang kawan kat Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Pegi berdua je dengan en asben. Anak-anak ditinggalkan di bawah jagaan adik kat rumah. Hajat nak pegi sekejap je sebab petang ni ada agenda lain plak..tu yang tak bleh nak bawa mereka. Kalau bawa jugak..gerenti mummy makan dulu, daddy jaga anak..pastu tukar syif plak..hihihi..tu blum lagi adegan rayyan main lari2 satu dewan.. daddy pi tangkap. Mana tak makan masa selain makan kenduri..hihihi..

Ingat nak bagi anak2 tido dulu sebelum pegi. Rayyan dah habis susu 2 botol pun tak tido2 lagi. Rania plak..baik dah tido pukul 12..tutup terjaga plak pukul 1 angkara abangnya buat bising. Last2 minta adik bawa pi kedai sebelum mummy dan daddy menyusup keluar tanpa pengetahuan mereka..hihi.. sian anak mummy kena tinggal. Sudahnya, pukul 2.15 petang baru bertolak dari Putrajaya. Nasib baik sempat sampai sebelum majlis tamat pukul 4 ptg :-)

Nak ikutkan malasnye nak pegi.. nak berehat je kat rumah sabtu2 gini.. tapi memandangkan minggu lepas majlis kat Tangkak tak dapat pegi sebab dah balik tangkak seminggu sebelum tu.. gagahkan juga la datang masa majlis kat sini. Lagi pun teringin nak tengok member ni dalam kostum pengantin. Mengidam! hihihi.. kang kalau tak pegi..meleleh plak air liur baby bila kuar nanti..hihihi..

Pasangan pengantin..sama cantik sama padan.. Dulu masa belajar sekelas..cik abang tak ngurat..dah masuk alam pekerjaan baru pandai mengurat kot..hhihihi.. Itu la namanya dah jodoh kan.. lambat ngan cepat je.. apa2pun moga ikatan suci ini mendapat rahmat daripada Ilahi..selagi hayat dikandung badan..moga bahagia kalian berkekalan..

Bukti kehadiran hari bersejarah seorang teman..hihihi.. di samping menyebarkan aura baby dalam kandungan. Ambik berkat..biar cepat lekat :-)

No comments: