Check it out!

Saturday, May 7, 2011

Kad Hari Ibu Special from Rayyan & Rania

Sempena hari ibu esok, semalam lagi mummy dah terima kad ucapan daripada anak-anak mummy. Terharunya rasa bila Rayyan dan Rania masing-masing menghulurkan sekeping kad masa mummy masuk kete lepas balik keje semalam. Rasa macam happy sangat..rasa diri disayangi dan dihargai. First time dapat kad ucapan selamat hari ibu ni..sejak dapat title ibu pada 19.6.2008. Daddy pun tak penah bagi..hehe.. Macam ni la agaknya perasaan seorang ibu bila anaknya menghadiahkan sesuatu kan..




Ini kad ucapan daripada Rayyan. Mungkin sewaktu membuat kad ni kat taska..Rayyan tak faham pun apa yang dibuatnya. Tapi percayalah..kad ucapan tampal-tampal Rayyan ni..membuatkan hati mummy berbunga-bunga. Rasa macam mummy pun nak buat sama nak bagi kat atok mak pulak.. supaya hati dia pun sama bunga-bunga macam mummy.. tapi dah tak sempat nak pos.. mummy bagi ucapan kat tipon je tadi..


Ini pulak kad hasil kerja tangan anak dara mummy, Rania. Sungguh abstract corak kadnya..hehehe.. Hasil kerja kanak-kanak 1 tahun 7 bulan. Walaupun comot pada pandangan mata..tapi cukup indah di hati mummy. Masa mummy tatap lagi kad ni depan Rania pagi tadi.. dia tekap-tekap tapak tangan dia kat kad ni. Teringat-ingat lagi dia cop tapak tangan dia semalam la tu.. Baru mummy perasan tapak tangan Rania rupanya corak abstract tu..

(Terima kasih Allah kerana menganugerahkan hambamu ini nikmat menjadi seorang ibu..)

No comments: