Memula tadi sebelum ke sini, pi Hentian Pudu Raya dulu. Ingatkan masih macam dolu2.. rupa2nya..Hentian Pudu Raya hanya untuk ke utara sahaja iaitu ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis. Hah! tu la tak wat research dulu sebelum bertolak. Main belasah je. Patutla cari kaunter bas ke selatan tak jumpa..hhihihi.. rupa-rupanya Hentian Pudu Raya ni dah menceraikan bas2 ke selatan dengan talak tiga.. Saje je la membayar parking RM3 kat sini tadi..(percuma kalau kurang daripada 15 minit).
Parking kat Terminal Bersepadu Selatan ni setakat ni masih lagi percuma. Tapi tak lama lagi mungkin bayaran akan dikenakan..sebab dah siap dah palang2 keluar masuk parking. So sementara parking masih lagi percuma, meh la datang..hahhaha..
Berbanding Hentian Pudu Raya dolu2..memang jauh beza dengan Hentian Pudu Raya dan Terminal Bersepadu Selatan sekarang ni. Sungguh selesa dan menyenangkan. Tak serabut kepala bila melangkah masuk ke sini..
Sekian saja laporan saya dari Terminal Bersepadu Selatan. Banyak lagi gambar..tak sempat nak upload..maklumla..realiti seorang mummy..nak main kejar2 ngan anak pulak. Gembira sungguh la Rayyan dan Rania kat sini. Lari sana lari sini. Tak nak dok setempat, nak jalan2 aje.. Nak tak nak..terpaksalah ibu mengandung ni exercise.. berganti2 dengan en asben..
No comments:
Post a Comment