Check it out!

Thursday, May 26, 2011

Mandi Wajib Selepas Bersalin

Yeah mari kita teruskan pengajian menjelang bersalin..hihihi.. Mintak mahap la ye lately ni entry asyik2 pasal bersalin je. Maklumla tuan rumah dah nak bersalin :-)

Topik yang nak dikongsikan ari ni ialah mandi wajib selepas bersalin yang dipanggil juga mandi wiladah. Al-kisahnya..tercetusnya rasa nak buat entry ni..bila saya sebut pasal mandi wiladah ni..ada member yang tak pernah dengar pun pasal mandi wiladah ni.

So, search punya search internet konon nak terangkan pasal mandi wiladah ni secara ilmiah.. tup-tup apa yang saya jumpa..rupa-rupanya ada 2 versi pendapat. Ada yang kata wajib mandi wiladah..ada jugak yang kata tak wajib mandi. Ehm? Dulu masa belajar..ustazah kata kena mandi wiladah lepas bersalin ni. So..pegang la sampai sekarang. Lepas bersalin..saya mandi wajib wiladah dan kemudian lepas habis nifas..mandi wajib sekali lagi.

Kat sini saya kongsikan apa saya jumpa. Versi pertama.. pendapat yang kata perlu mandi.

Pertama:

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Sumber : http://soaljawab.jais.gov.my/

Kedua:

Perlu mandi wajib selepas bersalin

SOALAN

SAYA ingin tahu mengenai mandi wajib selepas bersalin. Selepas berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau menunggu sehingga habis pantang?

Seperkara lagi, jika suami ke luar kawasan hingga berbulan-bulan, berdosakah seorang isteri melakukan onani untuk menghilangkan stres daripada melakukan zina dengan orang lain?

KELIRU,
Sabah.

JAWAPAN

SEBAB mandi wajib yang membabitkan wanita sahaja ialah keluar haid, kerana bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati semua. Syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi wajib apabila melahirkan anak.

Mazhab Hanbali berpendapat tidak wajib apabila tidak keluar darah. Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak.

Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.

Mengenai onani, kebanyakan ulama menyatakan ia haram dan berdosa. Ini berdasarkan ayat al-Quran berkenaan sifat seorang mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukminun (23): 5-7).

Bagaimanapun menurut pendapat mazhab Hanbali, onani dibenarkan dalam dua keadaan iaitu takut melakukan zina dan ketiadaan cara untuk berkahwin, contohnya miskin dan sebagainya. Hanya keadaan seperti ini onani dibenarkan terutama apabila syahwat memuncak yang mengarah kepada zina (Qaradawi 1995: 170-71).

Jalan terbaik dalam menangani masalah ini ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah terutama amalan solat berjemaah dan berpuasa sunat. Puasa dapat mendidik diri supaya mengawal nafsu, disiplin diri dan mengawal maruah diri.

Rasulullah s.a.w pernah menyarankan kalangan pemuda supaya berkahwin agar dapat menjaga maruah diri sekiranya berkemampuan.

Sekiranya tidak mampu, mereka digalakkan berpuasa. Puasa dapat mengawal diri daripada terjerumus dalam perkara maksiat.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/

Versi kedua.. pendapat yang mengatakan tidak wajib mandi..

Pertama:

Soalan: Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan:

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:00 PM

Sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Kedua:

Soalan:

SAYA ingin bertanya berkenaan mandi wiladah. Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak melakukan mandi wiladah sebaik saja melahirkan anak? Adakah amalan yang dilakukan seperti solat dan puasa itu sah?

NOR
Johor Bahru

Jawapan:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.

Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.

Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.

Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Mamiraysha : Saya tanya la kat en asben, apa pendapat dia? Dia cakap..susah ke nak mandi tu? Tak rugi pun mandi kan? Mandi je la..katanya..

No comments: