Check it out!

Tuesday, May 3, 2011

Taska bertukar pengurusan

Hari ni taska Rayyan dan Rania secara rasminya dikendalikan oleh pihak pengurusan yang baru. Pihak pengurusan lama telah tamat kontrak dengan tempat kerja mummy ni. Terpaksalah Rayyan dan Rania berpisah dengan teacher-teachernya.. Punyalah lama mereka nak serasi.. Menguji kesabaran mummy setiap pagi.. Bila dah kembali tenang sekarang ni..tup tup kena berpisah lagi.. Ehm..inilah realiti.. setiap pertemuan..ada perpisahan yang menanti..

Walaupun cuma 4 bulan je Rayyan dan Rania dijaga teacher-teacher tu..sedih gak la mummy menghadapi perpisahan ni. Sebak dan nangis gak la masa bersalaman dengan teacher2 masa last day ari jumaat ari tu. Daddy kata..ntah apa-apa ntah sedih..takde kaitan pun. Yang berpisah si anak dengan teachernya. Maknya plak yang lebih-lebih. Ishhk..orang lelaki ni tak paham sungguh hati pompuan kan..

Beberapa hari ni punyala mummy dok risau. Macam mana la Rayyan dan Rania ari ni..dengan teacher-teacher baru. Alhamdulillah pagi tadi..dua-dua ok. Mungkin tak perasan kot teacher mereka yang dulu dah takde. Mata dok pandang mainan yang telah tersedia menanti mereka.. Tak tau la kalau hanya hari pertama je yang teacher mereka hidangkan mainan ni. Strategi! Harap-harap biarla cam ni setiap pagi..

Dengan bertukarnya pengurusan ni.. budget bulanan mummy untuk bayaran taska juga nampaknya telah bertambah. Kalau sebelum ni.. yuran Rayyan RM150 sebulan dan Rania RM170 sebulan. Sekarang ni yuran Rayyan RM175 sebulan dan yuran Rania RM225 sebulan. Pertambahan bajet RM80 sebulan. Walaupun begitu..sebenarnya murah lagi berbanding bajet masa hantar pengasuh dulu RM500 sebulan. Tapi tu la..bila dah terbiasa dengan bayaran murah sangat..tetiba naik..terasa gak la kan..hehe.. nampaknya terpaksala cut down mana yang mummy dah ter'up'kan sebelum ni..

So untuk pendaftaran pertama hari ni..

Yuran pendaftaran - RM30 x 2 orang
Yuran sukan - RM10 x 2 orang
Insurans - RM15 x 2 orang
Uniform - RM30 x 2 orang
Yuran bulanan - RM400

Total up RM570. Fuhh! Jangan bertukar pengurusan taska tiap-tiap tahun sudah :-) Nak hantar sorang lagi baby ni..

No comments: