Check it out!

Thursday, May 19, 2011

Check up @ 38 weeks

Pagi tadi..sekali lagi saya ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Just appointment untuk jumpa doktor aje. Petang semalam checkup macam biasa cuma tak sempat untuk jumpa doktor memandangkan turn saya sampai dah pukul 5 petang (ramai sangat pengunjung. Maklumla baru naik cuti). Kalau nak jumpa jugak..nurse kata pukul 7 petang pun belum tentu siap. So ari ni nurse suruh datang untuk jumpa doktor - prosedur biasa untuk jumpa doktor kali ke-2. Dimaklumkan, sepatutnya minggu ke-36 jumpa doktor ni tapi mungkin sebab nurse sebelum ni terlepas pandang, dah minggu ke-38 baru jumpa doktor. Masa mengandungkan Rania dulu, sepanjang check up antenatal tak penah pun jumpa doktor kat klinik kesihatan. So, tak kisah la minggu ke berapa pun dia nak bagi jumpa.. :-)

Doktor hanya buat sound check je. Eh eh.. ultrasound. Check air ketuban, berat baby dan sebagainya. Berat baby saya setakat ari ni 2.54 kg katanya. Air ketuban ok. Baby dah masuk laluannya cuma doktor kata belum ketat lagi. Mungkin dia maksudkan belum turun sepenuhnya kot. Berdasarkan scan, due date tertera adalah 28/6/2011. Huh! jauh dari due date asal 1/6/2011. Hihihi..tapi due date asal masih digunakan. Kalau lewat seminggu dua kompem la kena paksa bersalin. Mungkin saiz baby kecik..tak seperti saiz 38 minggu..tu yang ralat kepada bacaan due datenya kot. Takpela baby..biar besar kat luar nanti ye..senang mummy nak teran bagi keluar..hihihi..


Keadaan baby 38 minggu dalam kandungan. Sumber gambar : www.babycenter.com

Berat mummy pulak dah mencecah 63.2 kg. Sebelum pregnan 50 kg. Paling berat ni! masa mengandungkan Rayyan, berat last sebelum bersalin 62 kg (Rayyan lahir 3.19 kg), masa Rania pulak dekat2 62 kg gak (Rania lahir 2.92 kg). Nampak gayanya baby kali ni lebih kecik daripada abang dan kakaknya. Mummy la yang berat nampaknya! hihihi..

Next check up..seminggu dari sekarang!

2 comments:

Anonymous said...

uiks... edd kita sama la.

I tengah tunggu hari je nih. nerbes. my 2nd baby.

good luck to u.

http://camarputih-isya.blogspot.com/

mamiraysha said...

Ye ke? I pun nerbes gak..hihi..3rd baby. Good luck to u too. Jom lumba siapa bersalin dulu :-)