Check it out!

Tuesday, August 3, 2010

Buatlah stok EBM selagi ada..

Ari Ahad ari tu.. balik kampung di Tangkak..menunaikan hajat Rayyan yang rindu banget sama kakeknye.. sambil tu dapat la tengok anak sedara baru.. Nur Iman Yusra!

Wah.. mak beli peti ais baru..2 pintu.. lupa plak nak tanya..mana peginya peti ais 1 pintu yang lama tu.. Buka pintu yang atas sekali.. Aik? takde stok EBM pun? Tanya la adik yang tengah berpantang tu.. "tak wat stok susu ke?" dia jawab, " Tak.. Iman suka tido..perah susu dalam botol pastu bagi dia minum.. tak sempat nak wat stok. Lagi plak puting tengah luka.." Aik? baby 3 minggu dah bagi puting tiruan ke? Ehm.. cakap kat dia yang baby bawah sebulan tak digalakkan bagi puting tiruan..takut keliru puting nanti..tapi gerenti tak ikut punya cakap kak longnya ini..huhuuhu..

Sempatla gak bagi ceramah pentingnya stok susu. Time dalam pantang ni la waktu paling baik wat stok sebab hasil tengah lumayan.. Kalaula boleh diputarkan semula..ingin rasanya diulangi semula waktu dalam pantang.. akanku buat stok bebanyak..hehe.. Masa dalam pantang kat kampung dulu..kat rumah mak ada peti ais 1 pintu je.. susu hanya bleh tahan 2 minggu dlm freezer 1 pintu ni. Nak belikan peti ais 2 pintu tak mampu..huhuhu.. Kalau wat stok bebanyak expired la.. tapi still wat stok gak sebab baby memang kena tinggal sekejap sementara mummynya ini pergi sit exam kat KL..(pegi pekse dlm pantang..sambil berstokin tebal dan berbengkung..hehe..)

Inilah Stok yang menjadi kebanggaan suatu ketika dulu..huhu.. Masa ni baby baru 2 bulan. Stok yang sempat dikumpul masa dlm pantang kat rumah sendiri selama 2 minggu sblm balik kampung dan juga lepas balik dari kampung sebelum naik keje (masa berpantang kat kampung..takde stok). Masa ni siap risau lagi.. kat mana nak simpan susu plak lepas ni..bila dah penuh ni.. perlu ke beli peti ais baru ni..hahaha! sekali susu merudum daaa... dan akhirnya..sekarang ni...tolak semua..dan yang tinggal hanya 2 botol sahaja..sedihnya..

Tu la yang rasa terkilan sangat bila adik tak wat stok dalam pantang.. kalau ada stok..bleh la kak longnya ini mintak sikit bila keadaan terdesak nanti..hehehe.. Masa balik ari tu siap hadiahkan lagi 1 kotak (8pcs) botol bumble bee dan 1 kotak (6pcs) botol Momslittleones. Kalau tak wat stok guna botol2 tu lepas ni..tak tau la nak kata apa.. memang rasa nak ketuk je kepala dia..hehe..(saya kan kak long..huahua..)

Kenapa penting nak wat stok ni?

1) First, untuk menghadapi saat-saat kecemasan saat merudumnya susu. Sepanjang menyusukan baby..memang ada masa-masanya yang pengeluaran susu akan berkurangan. Seperti yang saya alami.. susu drop sesangat waktu saya tengah tension wat tesis masa bulan 2 dan 3 dulu. Huh! dapat bawa balik rumah dari opis hanya sebotol dua aje..bayangkan..mana tak susut stok susu.. Alhamdulillah masa tu stok susu lumayan..kalau tidak..

Selain tension, susu saya akan terganggu skit pengeluarannya bila time nak period dan awal period. Biasala..hormon tak stabil masa ni.. Daripada 6 sebelum ni..tu yang tinggal 2 je tu.. tak tercover lagi..

2) Second, untuk menghadapi saat berjauhan daripada baby. Mana tahu tetiba plak diarahkan pi outstation yang tak memungkinkan kita membawa baby bersama. Time ni la rasa pentingnya ada stok susu. Keje makan gaji ni..kena la "Saya Yang Menurut Perintah".. lainla kalau kita yang boss..menggajikan orang lain..hehe.. Hah satu lagi, macam saya dulu..tetiba plak lecturer arahkan viva tesis saya di UTM Skudai..1 hari kena tinggalkan baby..nasib baik waktu tu banyak stok susu lagi..

3) Seterusnya, mana la tahu keadaan kesihatan kita tak mengizinkan kita nak menyusukan baby ke.. seperti kita terpaksa ditahan wad ke..(minta dijauhkan la..)..tak larat nak menyusukan atau buat stok ke.. Masa ni la stok susu bleh digunakan..agar baby still mendapat khasiat dan kasih sayang seorang ibu..

4) Lastly.. manala tahu terpregnen kembali..at least ada stok susu nak cover bila kita tak mampu nak hasilkan susu yang banyak. Pengalaman saya masa breastfeed anak sulung dulu..tetiba plak penghasilan susu merudum.. rupanya..terpregnen kembali..hehe..masa tu umur dia baru 7 bln lebih..memandangkan tiada langsung stok susu..terpaksa gak top up dengan susu formula..huhuhu.. dulu tak tahu pasal pentingnya stok susu ni..

Sebab tu la..saya menyeru mereka yang tengah banyak susu ni..terutama yang tengah dalam pantang ni..buat la stok bebanyak.. Sekian, luahan rasa insan yang terkilan..hehe..

1 comment:

Anonymous said...

As salam.
Sis gune breast pump ape yer byk stok susu